Bermain di peringkat tertinggi adalah impian setiap pemain bola sepak di seantro dunia ini. Begitu juga dengan pemain Malaysia. Siapa yang tidak mahu bermain di Liga Jepun ataupun Korea Selatan. Dengan cemerlangnya prestasi pasukan bawah 22 tahun negara di China tempoh hari, di sini kami akan memberikan kepada anda 5 pemain bawah 22 tahun Malaysia yang layak bermain di luar negara. Enjoy guys!

1. Irfan Zakaria

Sumber Gambar: FourFourTwo

Persembahan Irfan ketika temasya Piala Asia tempoh hari cukup membanggakan. Beliau diletakkan sebagai pertahanan tengah dalam sistem tiga pertahanan oleh Datuk Ong Kim Swee. Terjahan serta hantaran bola yang baik menjadi kunci utama dalam perjalanan Malaysia menuju peringkat suku akhir. Dah macam ala-ala Leonardo Bonucci.

Liga yang sesuai: Liga Thailand, Divisyen 2 Liga Jepun

2. Haziq Nadzli

Sumber Gambar: FAM

Menurut kami, David De Gea Malaysia ini harus bermain di luar negara. Berkat kecemerlangan Haziq, Malaysia mampu mara ke peringkat suku akhir. Jika beliau kekal di JDT, kami berpendapat Haziq akan menghadapi kesukaran untuk mendapat minit bermain kerana mereka mempunyai dua penjaga gol berkualiti iaitu Izham Tarmizi dan Farizal Marlias.

Liga yang sesuai: Liga Australia, Liga Thailand dan Divisyen 2 atau 3 Liga Jepun.

3. Nor Azam Azih

Sumber Gambar: Masoc

Pengganti kepada Safiq Rahim ini bermain dengan baik mengawal barisan tengah negara ketika temasya di China tempoh hari. Ketenangan dan juga kualiti hantaran Azam boleh dipertingkatkan lagi sekiranya beliau bermain di luar.

Liga yang sesuai: Divisyen 2 Portugal, Divisyen 2 Liga Jepun

4. N.Thanabalan

Sumber Gambar: Berita Harian

Penjaring gol tunggal di peringkat suku akhir temasya Piala Asia tempoh hari ini juga harus bermain di luar negara. Kelincahan beliau di dalam kotak penalti boleh menjadi aset yang bernilai kepada pasukan yang diwakili oleh Thana.

Liga yang sesuai: Liga Thailand

5. Adam Nor Azlin

Sumber Gambar: AFC

Ketua pasukan negara ketika Piala Asia temph hari beraksi dengan cemerlang di bahagian pertahanan. Sama seperti Irfan Zakaria, ketepatan terjahan serta hantaran bola Adam juga cemerlang. Tak sia-sia OKS naikkan dia jadi kapten!

Liga yang sesuai: Divsyen 2 Portugal, Liga Australia

Ha itulah 5 pemain bawah 22 tahun negara yang layak untuk bermain di luar negara. Mengapa kami tidak menyenaraikan pemain seperti Akhyar, Safawi dan Syamer ? Sebab dorang dah memang wajib bermain di luar. Artikel kali ni untuk membahas tentang pemain yang lain pula. Hihihi

Apa pendapat anda ? Adakah 5 pemain yang kami senaraikan di atas sesuai untuk bermain di luar ? Atau anda ada senarai pemain lain ? Mari kongsikan bersama kami.

Baca Juga: Liga Mana Yang Sesuai Untuk Safawi Rasid ?

Baca mengenai lamaran Buriram United untuk khidmat Akhyar Rashid di sini

Leave a Reply