Juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim gagal untuk mara ke pusingan ketiga peringkat kelayakkan Liga juara-Juara Asia 2018 apabila tewas kepada kelab Thailand, Muanthong United dengan keputusan 5-2 pada Selasa. Dengan ini, JDT sekali lagi akan bersaing dalam saingan Piala AFC edisi 2018. Namun, Piala AFC edisi kali ini boleh menjadi edisi terakhir yang diikuti oleh Johor Darul Ta’zim. Ini kerana juara Liga Super 2018 akan mendapat slot automatik dalam temasya Liga Juara-Juara Asia tahun hadapan.

Kelab Malaysia mendapat satu slot automatik dan satu slot peringkat kelayakkan untuk temasya Liga Juara-Juara Asia setelah menduduki tempat keenam di rantau Asia Timur dalam Ranking Kelab AFC yang dikeluarkan pada Disember tahun lalu. Menurut Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John, Johor Darul Ta’zim banyak menyumbang dalam peningkatan ini. Prestasi JDT dari tempoh 2014 hingga tahun lalu banyak memainkan peranan. Jika JDT berjaya menjadi juara Liga Super musim ini, mereka akan menjadi kelab Malaysia pertama yang beraksi dalam format terbaru Liga Juara-Juara Asia. Jika kita melihat kepada barisan pemain yang dimiliki oleh JDT, mereka tidak mempunyai masalah untuk sekali lagi menjadi juara Liga Super. Barisan pemain import dan pemain tempatan mereka nyata berada dalam kelas tersendiri.

Baca tentang Ranking Kelab AFC yang dikeluarkan pada Disember lalu di sini

Dalam saingan Piala AFC edisi kali ini, JDT diletakkan dalam kumpulan H bersama kelab Singapura, Tampines Rovers, kelab Indonesia, Persija Jakarta dan kelab Vietnam, Song Lam Nghe An. Kami menjangkakan pasukan JDT mampu untuk menjadi juara kumpulan sekaligus mara ke peringkat seterusnya. Dalam tiga edisi terakhir, JDT tidak pernah gagal untuk menjadi juara peringkat kumulan.

Kami berpendapat ini adalah Piala AFC terakhir yang akan disertai oleh JDT. Tahun hadapan, berkemungkinan kit akan melihat Johor Darul Ta’zim dalam saingan Liga Juara-Juara Asia. Dan oleh kerana tahun ini adalah tahun terakhir JDT dalam Piala AFC, kami menjangkakan JDT akan memberikan yang saingan hebat dan mereka mahu mara sejauh yang mungkin.

Apa pandangan anda mengenai perjalanan JDT dalam Piala AFC edisi kali ini ? Adakah JDT mampu untuk muncul juara ? Atau mereka akan terkandas di peringkat kumpulan ?

Baca Juga: Jambang Paling Menawan Dalam Liga Malaysia

(Visited 2,148 times, 3 visits today)

Leave a Reply