Apa yang istimewanya pertembungan antara Manchester City dan Bristol City dalam Piala Carabao tempoh hari? Ianya merupakan perlawanan ke-500 Pep Guardiola sepanjang kerjayanya sebagai seorang pengurus pasukan bola sepak. Menakjubkan!

Lebih manis lagi, pada perlawanan tersebut menyaksikan pasukan bimbingannya menang dan seterusnya layak ke peringkat akhir Piala Carabao tersebut dan bakal menentang Arsenal yang menewaskan Chelsea 2 – 1, pada perlawanan awal pagi tadi.

Leroy Sane, Sergio Aguero dan Kevin De Bruyne telah menjaringkan gol pada malam penuh dramatik tersebut dan menang dengan agregat 5-3.

Guardiola yang memulakan kerjaya sebagai pengurus pada bulan Ogos tahun 2008 ketika pasukan Barcelona menang dalam perlawanan menentang kelab dari Poland, Wisla Krakow dengan jaringan 4-0.

Selepas itu beliau tidak menoleh kebelakang lagi dengan merekodkan kemenangan sebanyak 368 daripada 500 perlawanan yang dihadapi oleh beliau dengan peratusan kemenangan sebanyak 73.6% secara keseluruhannya.

Guardiola juga dalam landasan yang tepat ketika ini untuk memenangi piala pertama atau mungkin sekaligus keduanya bersama Manchester City apabila mereka berada ditakhta Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan 12 mata dan dalam masa yang sama sudah menempah tiket di perlawanan akhir Piala Carabao.

Ini merupakan rekod penuh Pep Guardiola sepanjang kerjayanya sebagai pengurus:

BARCELONA :
247 perlawanan/ 179 kemenangan/ 47 seri/ 21 kekalahan.

BAYERN MUNICH :
161 Perlawanan/ 124 kemenangan/ 16 seri/ 21 kekalahan.

MANCHESTER CITY :
92 perlawanan/ 64 kemenangan/16 seri/ 12 kekalahan.

(Nota: Artikel ini ditulis oleh saudara A.Mashud dari Liga Perdana Inggeris Malaysia).

Ikuti kami juga di

Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

Baca Juga: Jersi Nombor 7: Tuah Atau Sumpah ?

Leave a Reply