Santi Cazorla, 33, sudah tersisih dalam semua aksi Arsenal sejak Oktober 2016 selepas menjalani pembedahan ke-10 dalam kerjayanya.

Pemain tengah Arsenal itu akui seakan “menyerah kalah” dalam usahanya untuk pulih dari kecederaan pergelangan kaki tetapi sangat berharap untuk kembali beraksi untuk tahun 2019.

Santi Cazorla yang kini berusia 33 tahun, tidak tersenarai dalam skuad Arsenal sejak Oktober 2016 selepas menjalani pembedahan akibat dari kecederaan yang dialaminya. Melalui pembedahan itu telah kehilangan lapan sentimeter dari tendon di pergelangan kaki kanannya.

Kontrak Cazorla yang akan tamat dihujung musim ini masih belum ditawarkan kontrak baru oleh Arsenal, tetapi dia tetap yakin dapat kembali untuk beraksi dalam liga bola sepak utama untuk masa yang akan datang.

“Ada suatu masa saya rasa berputus asa. Saya fikir tidak berguna kalau mahu terus bermain dengan kecederaan yang saya alami.” kata Cazorla dalam satu temubual bersamanya.

“Jika semuanya berjalan lancar, mungkin tahun hadapan saya akan kembali beraksi dalam liga utama”.

“Pembedahan terakhir saya ada pada tujuh minggu yang lalu, dan kesepuluh dalam karier saya.”

(Nota: Artikel ini ditulis oleh Hadi Bahari dari Liga Perdana Inggeris Malaysia).

Jangan lupa ikuti kami juga di

Instagram : @lpi_my
Twitter : @LPI_MY

#LPIMY

Baca Juga: Pep Cipta Satu Lagi Sejarah Sebagai Pengurus

Baca selanjutnya mengenai keadaan semasa Santi Cazrola di sini

Leave a Reply