Kejayaan pasukan Selangor memenangi Piala Malaysia edisi 2015 dengan menewaskan Kedah akan sentiasa berada dalam hati peminat kerana ketika itulah pasukan Selangor memenangi gelaran Piala Malaysia yang ke-33. Sebenarnya Misi 33 Selangor ini bermula pada 2012. Namun mereka baru mengecapi kejayaan tersebut 3 tahun berikutnya. Haa peminat Selangor masih ingat tak kesebelasan utama yang bermain pada waktu tu ? Kalau tak ingat takpa. Di sini kami nak bagitahu anda apa dah jadi dengan kesebelasan utama ketika itu dan dimana mereka sekarang. Enjoy!
1. Norazlan Razali
Sumber Gambar: Berita Harian
Wak Lan tampil cemerlang ketika perlawanan akhir menentang Kedah. Aksi cemerlang beliau sering kali menggagalkan cubaan Pemain Kedah. Beliau sehingga kini setia untuk terus bermain bersama Selangor.
2. Azriff Nasrulhaq
Sumber Gambar: Goal.com
Persembahan cemerlang beliau ketika perlawanan akhir nyata menarik ramai pihak untuk mengambil khidmat Azriff. Ketika ini beliau mewakili pasukan Johor Darul Ta’zim
3. Shahrom Kalam
Sumber Gambar: Goal.com
Ketua pasukan Selangor ketika perlawanan akhir ini membentuk gandingan mantap bersama Robert Cornthwaite ketika itu. Saat ini Shahrom beraksi bersama Felcra FC dalam saingan Liga Perdana.
4. Robert Cornthwaite
Sumber Gambar: Stadium.my
Pertahanan tinggi lampai ini beraksi cemerlang ketika perlawanan akhir. Setelah meninggalkan Selangor, beliau pulang ke Australia sebelum kembali semula ke Malaysia dengan menyertai Perak.
5. Raimi Mohd Nor
Sumber Gambar: Malay Mail
Persembahan Raimi ketika perlawanan akhir edisi 2015 boleh dianggap baik. Musim ini beliau mewakili Pulau Pinang dalam saingan Liga Perdana.
6. Nazmi Faiz Mansor
Sumber Gambar: Stadium.my
Nazmi menjaringkan satu gol ketika perlawanan separuh akhir yang memastikan Selangor layak ke perlawanan akhir. Pada perlawanan akhir ketika itu Nazmi beraksi dengan baik. Ketika ini beliau bermain untuk JDT II dalam saingan Liga Perdana.
7. Leandro Dos Santos
Sumber Gambar: Utusan
Leandro menjadi pemain “nakal” dalam kesebelasan pasukan Selangor ketika perlawanan akhir. Musim ini beliau mewakili pasukan Perak.
8. Hazwan Bakri
Sumber Gambar: 352 football
Penjaring 2 gol ini dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir. Ketika ini Hazwan beraksi untuk Johor Darul Ta’zim.
9. Andik Vermansah
Sumber Gambar: Tribun News
Pemain kesayangan peminat Selangor ini menjadi watak penting dalam perjalanan Selangor menuju ke separuh akhir. Beliau saat ini baru saja menyertai pasukan Kedah.
10. Abdul Hadi Yahyah
Sumber Gambar: The Star
Hadi menjadi pilihan utama Mehmet Durakovic ketika perlawanan akhir. Ketika ini beliau mewakili pasukan Marcerra United.
11. Guilherme De Paula
Sumber Gambar: The Star
Wak Doyok tampil cemerlang dengan menyumbangkan 2 ‘assist’ untuk Hazwan Bakri ketika perlawanan akhir. Ketika ini beliau mewakili pasukan Kuala Lumpur.
Pemain Gantian:
S. Veenod
J
Sumber Gambar: Utusan
Veenod hanya digunakan sebagai pemain gantian pada perlawanan akhir ketika itu. Ketika ini beliau mewakili Kelantan.
Fitri Shazwan
Fitri ketika itu menjadi pemain Selangor yang paling lama berkhidmat buat pasukan. Beliau memutuskan untuk menukar angin dengan menyertai pasukan Pulau Pinang musim ini.
K. Gunalan
Gunalan dimasukkan pada minit-minit akhir perlawanan. Ketika ini beliau mewakili pasukan PKNS Fc.
Haa itulah sedikit “throwback” kami mengenai barisan utama pasukan Selangor ketika menenangi Piala Malaysia edisi 2015. Pemain mana yang anda paling rindu ? Mari kongsikan dengan kami!
Baca Juga: 6 Pemain Yang Harus Diberi Perhatian Minggu Ini!