Perlawanan minggu ketiga Liga Super 2018 memenag sarat dengan kejutan. Gol jarak jauh, pasukan juara tewas dan pasukan “underdog” masih belum tewas. Anda tinggal pilih je! Haa kali ini kami nak kongsikan kepada anda kesebelasan terbaik perlawanan minggu ketiga Liga Super 2018 pilihan kami.

1. Kamarul Effendi

Sumber Gambar: Berita Harian

Setelah dikecam dalam dua perlawanan pertama, Kamarul Effendi membuktikan bahawa beliau masih lagi penjaga gol yang relevan untuk membarisi kesebelasan utama Kuala Lumpur. Beliau tampil cemerlang dengan menafikan beberapa cubaan berbahaya daripada pemain Johor Darul Ta’zim.

2. Kamal Azizi

Sumber Gambar: Terengganu FC

Kamal beraksi dengan baik di bahagian pertahanan pasukan Terengganu. Beliau bukan saja kental dalam aspek bertahan, tetapi Kamal memberikan ancaman kepada barisan pertahanan Selangor pada sabtu.

3. Zac Anderson

Sumber Gambar: PKNS FC

Zac Anderson diangkat menjadi ketua pasukan ketika PKNS FC menewaskan Perak 2-0 pada sabtu. Dan nyata beliau beraksi dengan cemerlang di bahagian pertahanan. Keputusan Datuk K.Rajagopal untuk melantik beliau sebagai ketua pasukan kami lihat adalah satu keputusan yang baik.

4. Boburjon Akhbarov

Sumber Gambar: FC Kuala Lumpur

Selain Kamarul yang beraksi cemerlang, pemain import pertahanan Kuala Lumpur juga beraksi cemerlang ketika Kuala Lumpur menewaskan Johor Darul Ta’zim. Lihat saja beberapa “tackle” kemas beliau yang menyusahkan barisan serangan JDT.

5. Steve Thicot

Sumber Gambar: MUSA

Steve Thicot beraksi cemerlang ketika perlawanan Naning Derby antara pasukan Melaka United menentang pasukan Negeri Sembilan. Beliau kelihatan sudah mampu untuk “settle down” dalam pasukan Melaka United.

6. Lee Tuck

Sumber Gambar: Terengganu FC

Pemain yang selalu “tuck in” baju ini menjaringkan dua gol berkelas dunia ketika Terengganu menewaskan Selangor dengan keputusan 4-1. Bukan saja menjaringkan gol cantik, Lee Tuck juga bermain dengan baik di bahagian tengah pasukan Terengganu. Anda boleh lihat gol Lee Tuck di sini

7. Safuwan Baharuddin

Sumber Gambar: Pahang FA

Safuwan membentuk gandingan mantap bersama Nor Azam Azih di bahagian tengah pasukan Pahang. Beliau menjadi “destroyer” yang mematahkan segala gerakan serangan yang diaturkan oleh penyerang Kelantan.

8. Azam Azih

Sumber Gambar: Pahang FA

Nor Azam Azih beraksi cemerlang di bahagian tengah Pahang bersama-sam Safuwan Baharuddin. Hantaran jauh dan juga kawalan bola yang tenang tapi baik menjadi penyumbang utama kemenangan pasukan Pahang ke atas Kelantan. Beliau juga berjaya menjaringkan 1 gol dalam perlawanan ini.

9. Yahor Zubovic

Sumber Gambar: MUSA

Zubovich menjaringkan dua gol pada perlawanan menentang Negeri Sembilan bagi memastikan Melaka adalah “King Of The Naning”. Beliau bijak untuk memanfaatkan kesilapan penjaga gol Negeri Sembilan, Saiful Ama Sudar yang gagal untuk menangkap bola dengan kemas. Macam tangkap anak ayam pun ada.

10. Kipre Tchetche

Sumber Gambar: Terengganu FC

Kipre berjaya membuatkan pertahanan Selangor kelihatans eperti pemain amatur apabila beliau menjadi nadi utama kepada kemenangan Terengganu FC pada sabtu. Lihat saja larian dan juga kawalan bola beliau. Memang terbaik!

11. Rafael Ramazotti
JDT maa[/caption]
Sumber Gambar: PKNS FC

Ramazotti berjaya menjaringkan dua gol ketika perlawanan menentang Perak bagi memastikan PKNS FC mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini. Nyata pembelian beliau sungguh berbaloi!

Haa itulah kesebelasan terbaik bagi perlawanan minggu ketiga Liga Super 2018. Amacam ? Ok tak ? Atau anda ada pilihan yang lain ? Haa kalau ada boleh kongsikan dengan kami.

(Visited 186 times, 1 visits today)

Leave a Reply