Borrusia Dortmund

 

 

Marco Reus tidak dapat menyembunyikan kegembiraan yang lama tertunda selepas membuat penampilan pasca-kecederaan dalam kemenangan 2-0 Borussia Dortmund ke atas Hamburg Sabtu lalu.

Penampilan pertamanya musim 17/18 selepas diketepikan selama 259 hari akibat kecederaan cruciate ligament tear, pemain berusia 28 tahun itu memulakan perlawanan sebagai kapten pasukan dan bermain selama 71 minit sebelum dikeluarkan untuk memberi laluan kepada Mario Gotze; menerima tepukan gemuruh dari warga Signal Iduna Park.

Perlawanan terakhir Reus adalah pada 27 Mei dalam perlawanan DFB Pokal Final menentang Eintracht Frankfurt. Penampilan terakhir beliau di Bundesliga adalah pada Matchday 34, MD terakhir musim 16/17, di mana beliau menjaringkan 2 gol dalam kemenangan 4-3 ke atas Werder Bremen.

Kemenangan Dortmund meletakkan gergasi Ruhr di tempat ke-3 dalam carta BUndesliga, 1 mata di belakang RB Leipzig. Pemain yang dipinjam dari Chelsea Michy Bashuayi – yang terlibat dalam ketiga-tiga gol menentang Cologne miggu lalu – membuka jaringan dalam debut di Signal Iduna Park, sebelum pemain gantian Mario Götze mengesahkan 3 mata penuh dalam masa tambahan.

Dortmund melayan kunjungan pasukan Serie A, Atalanta dalam perlawanan timbal balik pertama Pusingan 32 UEFA Europa League Khamis ini, sebelum bersiap untuk derbi Borussia menentang bekas kelab Reus, Borussia Mönchengladbach untuk Matchday 23, yang bakal ditentukan oleh persembahan dari Comeback Kid: Man of the Matchday untuk Matchday 22.

(Visited 33 times, 1 visits today)

Leave a Reply