Sumber Gambar: Goal.com

Semalam, kami telah menulis tentang 6 pemain yang layak digelar “journey man” dalam Liga Malaysia. Haa kali ni kami nak bagi kepada anda 6 lagi pemain yang boleh juga digelar sebagai “journey man” dalam Liga kita ni. Enjoy!

1. Azmeer Yusof

Sumber Gambar: mStar

Sejak memulakan karier bola sepak profesional beliau pada 2008, Azmeer sudah menyertai 8 buah pasukan yang berbeza dalam saingan Liga Malaysia. Banyak betul! Beliau bermula dengan pasukan Kuala Lumpur. Kemudiannya beliau berhijrah ke pasukan Proton FC, Perak, Pos Malaysia, Negeri Sembilan, Perak sekali lagi, ATM, Kedah dan ketika ini Kuala Lumpur. Boleh tahan untuk pemain yang berusia 28 tahun ini.

2. Fitri Omar

Sumber Gambar: Asiana.my

Pertahanan kiri berusia 32 tahun ini sudah mewakili 7 pasukan dalam Liga Malaysia. Beliau mula mewakili Johor FC pada 2005. Kemudiannya beliau berhijrah ke Kelantan, MP Muar, ATM, Kelantan sekali lagi, Pulau Pinang, Kedah dan ketika ini Terengganu. Satu semenanjung Malaysia dia pusing!

3. Ahmad Fakri Saarani

Sumber Gambar: Goal.com

Lord Fakri Saarani sudah mewakili 9 pasukan yang berbeza dalam saingan Liga Malaysia. Bukan calang-calang pemain Lord Fakri ni. Beliau mula mewakili Perak pada 2006. Setelah itu, Fakri diserap ke program Harimau Muda pada 2007. Setelah bersama Harimau Muda, Fakri meyertai pasukan Perlis, Negeri Sembilan, Felda United, Atletico S.C, Kelantan, Kedah, Felda United sekali lagi dan yang terakhir adalah Melaka United.

4. Tengku Hazman Raja Hassan

Sumber Gambar: Dunia Sukan

Bekas pemain tengah skuad kebangsaan ini telah mewakili 9 pasukan berbeza dalam Malaysia. Beliau mewakili Perlis pada 1997. Tahun berikutnya, beliau diserapkan ke dalam skuad Projek Olimpik 2000. Setelah tempoh beliau bersama skuad projek tamat, Tengku Hazman menyertai pasukan Selangor, Perlis, Selangor MBPJ, TM FC, Pahang, KL Plus, Terengganu dan yang terakhir PKNS FC.

5. Norshahrul Idlan Talaha

Sumber Gambar: Asiana.my

Bekas penyerang kebangsaan sekaligus antara pemain yang membentuk gandingan emas negara bersama Safee Sali ini sudah mewakili 9 pasukan berbeza dalam saingan Liga Malaysia. Mat Yo memulakan karier profesional bersama Perak pada 2003. Setelah bersama Perak, Mat Yo menyertai pasukan Negeri Sembilan, UPB-My-Team, Kelantan, Johor Darul Ta’zim, ATM, Terengganu, Felda United dan Pahang. Boleh tahan karier Mat Yo ni!

6. Hamsani Ahmad

Sumber Gambar: Berita Harian

Jurulatih penjaga gol Perak ini sudah mewakili 7 pasukan dalam saingan Liga Malaysia ketika beliau masih aktif bermain. Belia mula mewakili Negeri Sembilan pada 1994. Setelah itu, Hamsani berhijrah dengan menyertai pasukan TM FC, Melaka, Negeri Sembilan sekali lagi, Felda United, Perak dan Selangor. Padanlah Perak mahukan beliau sebagai jurulatih penjaga gol. Banyak pengalaman yang dimiliki.

Itulah dia 6 lagi pemain yang layak kita gelar sebagai “journey man” dalam Liga Malaysia. Tidak mustahil sesetengah daripada mereka yang masih lagi bermain akan berhijrah ke pasukan lain pada masa akan datang.

(Visited 301 times, 1 visits today)

Leave a Reply