Sumber Gambar: The Star

Prestasi cemerlang PKNS FC dalam saingan Liga Super musim ini memang tidak dijangka oleh peminat bola sepak negara. Siapa sangka pasukan yang musim lalu menamatkan saingan Liga Super di tangga ketujuh mampu untuk memimpin carta Liga setakat 3 perlawanan, dan belum kalah pastinya. Sudah tentu “mastermind” disebalik prestasi cemerlang PKNS FC musim ini adalah ketua jurulatih mereka, Datuk K.Rajagopal. “King Raja” berjaya membentuk satu gandingan mantap antara pemain tempatan dan juga pemain import.

Kita sedia maklum bahawa Datuk K.Rajagopal gemar bermain “direct football”. Cuma bezanya di sini, beliau mengadunkan hantaran pendek dan juga “wing play” pantas daripada kedua-dua pemain pertahanan kanan dan kiri pasukan. Penganalisis kami berpendapat kecemerlangan Datuk K.Rajagopal bersama PKNS setakat ini disebabkan taktikal beliau yang bermain “bottom heavy” dengan “counterplay” pantas yang sesuai dengan label underdog. Akan tetapi, apabila sudah menjadi jaguh dan taktikal beliau berjaya dianalisa oleh pihak lawan, nampak beliau seperti ketandusan idea. Hakikatnya dalam “pool of players” tu Datuk K.Rajagopal ketandusan pemain yang kreatif.

Musim ini, beliau dipertemukan semula dengan dua pemain yang pernah bermain di bawah bimbingan beliau dalam skuad kebangsaan sebelum ini. Safee Sali dan Mahali Jasuli dilihat berjaya menemui semula sentuhan cemerlang mereka di bawah kendalian “King Raja”. Selain itu, pengambilan khidmat pemain import yang sesuai dengan taktikal Datuk K.Rajagopal juga menyumbang ke arah kecemerlangan pasukan PKNS FC setakat ini. Yang paling menyerlah ialah Rafael Ramazotti. Beliau setakat ini menjaringkan 3 gol dalam saingan Liga Super.

Sentuhan Datuk K.Rajagopal nyata menukar PKNS FC dari pasukan pertengahan Liga kepada pasukan yang mampu untuk mengejutkan pasukan-pasukan besar dalam saingan Liga. Jika rentak ini berterusan, tidak mustahil pada penghujung musim nanti kita akan menyaksikan “Leicester City Malaysia” mengejutkan arena bola sepak negara. Dalam dunia bola sepak moden ini, tiada apa yang mustahil. Menarik untuk kita saksikan bagaimana PKNS FC mengekalkan rentak cemerlang mereka ini sehingga hujung musim.

Baca Juga: PKNS FC: Jangan Ambil Mudah Pasukan Ini!

(Visited 119 times, 2 visits today)

Leave a Reply