Kegagalan beberapa pasukan Liga Super dan juga Liga Perdana untuk menghantar beberapa dokumen yang dikehendaki kepada FMLLP nyata mengundang kritikan ramai pihak. Mereka menyifatkan tindakan pengurusan pasukan yang dianggap sambil lewa dalam meguruskan perihal dokumen penting pasukan sebagai tndakan yang tidak profesional dan juga kuno. Mereka perlu segera mengubah sikap dan juga mentaliti mereka agar Liga Malaysia boleh maju ke hadapan pada masa akan datang.

Jika perkara ini berlaku pada dua atau tiga musim lalu, mungkin boleh dimaafkan kerana ketika itu Liga kita baru saja diambil alih oleh FMLLP sebagai pengelola Liga. Namun, setelah ada beberapa pasukan yang membuat kesalahan dan juga dikenakan hukuman, ironinya sekarang masih ada saja pasukan yang mengulangi kesilapan sama. Mereka seperti tidak belajar daripada kesilapan dan juga kesalahan lalu beberapa pasukan sebelumnya. Jika perkara ini terus berlaku pada masa akan datang, bagaimana Liga kita hendak mencapai satu tahap yang lebih baik ? Kami yakin kita sebagai peminat bola sepak Malaysia mahu melihat Liga Malaysia ini dianggap sebagai antara Liga terbaik di rantau Asia. Dimana pemain terbaik Asia datang ke Liga kita untuk memeriahkan lagi. Tetapi untuk menuju ke arah tersebut, mari kita sama-sama memperbaiki segala aspek bermula daripada perkara yang wajib seperti dokumen pasukan. Ini adalah satu perkara pentng yang tidak boleh diambil mudah.

Akan tetapi jika pengurusan masih lagi berdegil dan berfikiran seperti 30 tahun dulu, maka jangan mimpi kita akan mempunyai Liga yang lebih baik pada masa akan datang. Untuk kita bergerak ke arah yang lebih baik, tidak cukup hanya satu atau dua pasukan saja. Kita perlukan semua pasukan untuk memainkan peranan. Jika semua pasukan Liga Malaysia mampu untuk berbuat demikian, maka tidak mustahil kita akan menjadi antara Liga terbaik dalam rantau Asia.

Semoga perkara seperti penyerahan dokumen lambat tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang. Kami berharap ini akan dijadikan pengajaran kepada semua pasukan dalam Liga Malaysia dan mereka akan mengubah sikap dan juga mentaliti mereka.

Baca Juga: Semoga Menjadi Pengajaran

Baca komen Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai perkara ini di sini

Leave a Reply