Sumber Gambar: Johor Southern Tigers

Baru-baru ini, portal Berita Harian menyatakan bahawa Liga Malaysia ini adalah liga persaraan kerana ramai pemain import yang diambil khidmatnya melebihi usia 30 tahun. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh mereka, 48.6 peratus pemain import yang berdaftar dengan semua pasukan Liga Malaysia sudah boleh dikira sebagai pemain ‘tua’. Lebih tepatnya seramai 45 pemain daripada 108 pemain import adalah pemain yang berusia 30 tahun ke atas. Di sini kami berpendapat Liga kita ini bukanlah persinggahan kepada pemain yang sudah menginjak usia 30 tahun ke atas. Ini kerana kebanyakkan pengurusan pasukan tidak yakin dengan pengambilan pemain import yang lebih muda usianya.

Kita harus sedar yang kaedah pemilihan pemain import dalam Liga Malaysia ini adalah berpaksi kepada pengalaman seseorang pemain itu. Jika seseorang pemain import itu telah bermain di beberapa buah negara, maka makin cerahlah peluang pemain import tersebut untuk diambil khidmatnya. Kaedah ini kebanyakkannya dipakai oleh pasukan untuk mencari seorang pemain penyerang. Pasukan Liga Malaysia tidak mengamalkan konsep “scouting” jika mahu mengambil khidmat seseorang pemain itu. Mereka tidak mahu membuang masa dengan melakukan perkara sebegitu. Lihat saja ketika pemain import yang baru diambil mengalami kecederaan, pemain tersebut akan segera digantikan. Mengapa tidak mengkaji dahulu keadaan pemain tersebut sebelum mengambil khidmatnya ? Di situ saja anda telah membuang masa dan juga dana pasukan.

Ya tidak dinafikan sesetengah daripada pemain berusia ini menjadi nadi utama kepada pasukan. Lihat saja Rufino Segovia dan Luciano Figueroa. Meskipun telah berusia 33 dan 35 tahun, tetapi mereka masih lagi menjadi harapan pasukan Selangor dan Johor Darul Ta’zim. Kami berharap pasukan Liga Malaysia ini akan memberi perhatian yang khusus kepad kaedah “scouting” pada masa hadapan. Jika konsep ini diambil dengan serius, maka pasukan tersebut boleh mendapatkan pemain yang sesuai dengan taktikal jurulatih, dan bukannya pemain yang sekadar mempunyai pengalaman bermain di banyak liga luar negara.

Itulah pandangan kami mengenai dakwaan Liga Malaysia ini adalah liga persaraan. Apa pula pandangan anda ? Mari kongsikan dengan kami.

Baca Juga: 5 Pemain Import Yang Perlu Diberi Perhatian Minggu Ini!

Leave a Reply