Sumber Gambar: Berita Harian

Pengelola Liga Malaysia, Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) semalam telah mengumumkan bentuk hukuman yan bakal dikenakan terhadap 6 pasukan yang gagal untuk melengkapkan pendaftaran. Hukuman tersebut adalah berupa “suspended point”. “Suspended point” ini bermaksud hukuman tertangguh dan hukuman sebenar akan dikenakan terhadap 6 pasukan ini jika mereka masih lagi gagal untuk melengkapkan dokumen pendaftaran dalam satu jangka masa yang telah ditetapkan. Senang kata, tiada apa-apa tindakan yang dikenakan. Kami mempunyai persoalan di sini. Adakah “suspended point” ini sudah cukup untuk memberi pengajaran kepada 6 pasukan ini ?

Kesemua pasukan yang akan bertanding dalam Liga Malaysia sudah sedia maklum tentang dokumen yang perlu dilengkapkan dan dihantar ke badan pengelola Liga. FMLLP juag telah mengingatkan kesemua pasukan agar menghantar dokumen tepat pada waktu. Tetapi, ada pasukan yang masih lagi melambat-lambatkan proses pendaftaran sehingga memberi kesan terhadap pasukan ketika Liga sudah berlangsung. Tindakan mereka ini bukan saja tidak profesional tetapi juga merencatkan perjalanan Liga. Jika tiada sebarang hukuman dikenakan, bagaimana mereka ini mahu berubah ke arah yang lebih profesional pada masa akan datang ?

Mahu tidak mahu, hukuman harus dikenakan terhadap pasukan yang gagal untuk melengkapkan dokumen pendaftaran. Jika tiada sebarang tindakan yang dikenakan, tidak mustahil pasukan lain juga akan mengambil ringan perihal dokumentasi seperti ini. Pada masa akan datang pasukan lain juag akan melakukan perkara yang sama mengetahui mereka tidak akan dikenakan sebarang tindakan. Jika mereka ini dikenakan hukuman, maka mereka akan sedar yang mereka tidak boleh mengulangi kesilapan mudah seperti ini bagi mengelakkan pasukan didenda.

Adakah “suspended point” sudah cukup untuk mengajar pasukan ini ? Kami berpendapat ianya tidak cukup. Mengapa ? Anda sudah diberi masa yang cukup untuk melengkapkan segala perihal berkenaan dokumen. Bahkan, anda sudah diingatkan berulang kali mengenai perkara ini. Jika pasukan anda menerima hukuman pemotongan mata, tiada pihak lain yang perlu dipersalahkan melainkan pihak anda sendiri.

Baca Juga: Undang-Undang Yang Kurang Jelas Atau Kita Yang Tidak Faham ?

Leave a Reply