Sumber Gambar: Pahang FA

Perlawanan Unifi Liga Super 2018 akan memasuki minggu kelima pada hujung minggu ini. Kita telah menyaksikan carta penjaring setakat ini dikuasai oleh penyerang import. Tapi di sini kami tidak akan membincangkan tentang peneyrang import. Kami ingin membincangkan tentang pemain sayap Pahang, Muhamadou Sumareh dan Chan Vathanaka yang menurut kami merupakan gandingan sayap terbaik dalam saingan Liga Super setakat ini.

Kedua-dua pemain ini mempunyai gelecekkan dan juga kawalan bola yang sangat baik. Bukan saja dua elemen ini, Sumareh dan Vathanaka mempunyai kepantasan yang membuatkan pertahanan lawan sukar untuk mengawal kedua-dua pemain ini. Kita boleh lihat ketika perlawanan antara pasukan Pahang menentang Selangor. Sumareh dan Vathanaka berjaya mengeksploitasi kelemahan dua “wing back” Selangor ketika itu iaitu K.Kannan dan Syahmi Safari dengan menggunakan kepantasan mereka. Kannan dan Syahmi gagal menyekat pergerakan kedua-dua pemain ini. Gol pertama dan kedua Pahang juga berpunca daripada gerakan Sumareh di bahagian kanan. Kedua-dua pemain sayap ini juga berjaya membentuk gandingan mantap bersama pertahanan kanan dan kiri pasukan. Sumareh bersama Matthew Davies manakala Vathanaka bersama Faisal Rosli. Jika Sumareh dan Vathanaka berjaya mengekalkan prestasi cemerlang seperti sekarang, tidak mustahil Pahang akan menjadi salah satu pasukan yang akan mencabar kejuaraan Liga Super musim ini.

Pencabar terdekat kepada Sumareh dan Vathanaka menurut kami adalah pemain Kedah iaitu Andik Vermansah dan Akhyar Rashid. Kepantasan yang dimiliki oleh kedua-dua pemain ini dilihat setara dengan kepantasan Muhamadou Sumareh dan Chan Vathanaka. Akan tetapi, Andik dan Akhyar dilihat masih lagi dalam proses penyesuaian diri dengan taktikal yang diserapkan oleh Ramon Marcote. Namun kami percaya apabila Andik dan Akhyar sudah selesa dengan posisi masing-masing, mereka juga menjadi sebagus Sumareh dan Vathanaka. Menarik untuk kita saksikan apabila Pahang bertemu Kedah nanti. Memang meletup winger dua pasukan ni.

Haa itulah pendapat kami tentang gandingan pemain sayap mana yang menyerlah dalam saingan Liga Setakat ini. Apa pendapat anda ? Anda ada gandingan lain yang boleh dibandingkan dengan dua gandingan di atas ? Mari kongsikan dengan kami.

Baca Juga: Penyerang Tempatan Harus Segera Bangkit!

Leave a Reply