Sumber Gambar: Today Onine

Ketika zaman kegemilangan pasukan Kelantan pada 2010 hingga 2012, pemain ini menjadi nadi utama pasukan dalam meraih kejuaraan. Kecemerlangan pemain ini diatas padang menjadikan beliau antara pemain tengah terbaik yang dimiliki negara ketika itu. Siapakah beliau ? Tidak lain dan tidka bukan adalah ketua pasukan Kelantan iaitu Badhri Radzi. Walaupun beliau beraksi dengan baik di peringkat kelab ketika itu, nama Badhri Radzi atau Piya tiada dalam pasukan kebangsaan ketika kejohanan antarabangsa. Beliau hanya mewakili skuad kebangsaan ketika Piala AFF Suzuki 2014.

Ketika Badhri Radzi beraksi cemerlang bersama Kelantan sekitar musim 2010 hingga 2013, nama beliau tidak ada dalam senarai pasukan untuk kejohanan Piala AFF Suzuki edisi 2010 dan juga edisi 2012. Jika kita lihat persembahan beliau ketika itu, Badhri memang seorang pemain yang wajib berada dalam pasukan kebangsaan untuk menghadapi kejohanan antarabangsa. Anda boleh saksikan antara aksi terbaik Piya dalam video di bawah.


Sumber Video: Jack Haikal

Rekod jaringan Piya dalam saingan Liga Super antara musim 2010 hingga musim 2013 juga memberangsangkan. Dalam empat musim tersebut, Piya berjaya menjaringkan 32 gol dalam saingan Liga. Satu pencapaian yang cukup baik untuk seorang pemain tengah. Akan tetapi, dengan rekod jaringan dan juga prestasi yang baik, mengapa beliau tidak dipanggil untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa ?

Ketika itu, skuad kebangsaan Malaysia dibimbing oleh Datuk K.Rajagopal. Datuk.K Rajagopal lebih gemar menggunakan gandingan Safiq Rahim-Shakir Shaari atau Safiq Rahim-Amar Rohidan di bahagian tengah. Selain tiga pemain ini, ada K.Gurusamy yang menjadi “back up” kepada Safiq, Shakir dan Amar. Jadi persaingan di bahagian tengah yang meminimumkan peluang Piya untuk tampil dalam dua kejohanan AFF iaitu pada 2010 dan 2012.

Pada 2014, Piya akhirnya mendapat peluang untuk tampil dalam temasya Piala AFF Suzuki apabila Dollah Saleh memanggil beliau. Akan tetapi, Piya hanya memanaskan bangku simpanan kerana ketika itu ada Safiq Rahim, Hafiz Kamal, Garry Steven Robat dan Baddrol Bakhtiar yang bersaing untuk posisi tengah.

Amat disayangkan apabila pemain tengah seperti Badhri Radzi tidak mewakili skuad kebangssan ketika zaman kegemilangan beliau. Jika beliau diberi peluang, maka jentera tengah pasukan negara akan lebih baik.

Apa pendapat anda mengenai perkara ini ? Menurut anda, apa sebab Piya tidak dipanggil untuk mewakili Malaysia ketika prestasi beliau berada di kemuncak ?

Baca Juga: Mengenang Zaman Kegemilangan Kelantan

Leave a Reply