Sumber Gambar: FMLLP

Setelah memutuskan jenis hukuman yang akan dikenakan kepada 10 pasukan yang gagal untuk melengkapkan dokumen pendaftaran berupa hukuman “suspended point”, hari ini pengelola Liga Malaysia, Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) mengumumkan bahawa 10 pasukan ini akan didenda sebanyak RM 9 Juta. RM1.5 Juta bagi pasukan dari Liga Super manakala RM500,000 bagi pasukan dari Liga Perdana. Satu jumlah yang besar bagi kami. Kami berpendapat tindakan denda yang dikenakan sudah betul, tetapi jenis hukuman tersebut agak keterlaluan dan boleh menjejaskan pasukan.

Kami merasakan jumlah RM 1.5 Juta dan RM 500,000 yang harus dibayar oleh 10 pasukan yang gagal untuk melengkapkan dokumen pendaftaran adalah sangat tinggi. Ini kerana tidak semua pasukan memiliki kewangan yang kukuh. Seperti contoh pasukan Selangor dan Pulau Pinang. Selangor sudah sedia maklum mereka tidak memiliki bajet besar untuk mengharungi Liga Malaysia musim ini. Manakala pasukan Liga Perdana, Pulau Pinang pula sedang menghadapi krisis kewangan ketika ini. Hukuman berbentuk kewangan ini jelas akan menjejaskan kewangan pasukan. Selain denda yang melibatkan kewangan, FMLLP juga mengenakan hukuman sekatan perpindahan dan juga pemotongan mata kepada 10 pasukan tersebut. Kami melihat dua hukuman ini adalah lebih relevan dan boleh dikenakan kepada 10 pasukan tersebut berbanding hukuman yang melibatkan kewangan.

Kami mengerti tujuan FMLLP mengenekan hukuman ini kerana mereka mahu bersikap adil kepada semua pasukan dalam Liga Malaysia dan juga mahu memberikan pengajaran akan perkara seperti ini tidak berulang kembali pada masa hadapan. Akan tetapi, mereka juga harus mengambil kira kesan yang akan dihadapi oleh pasukan hasil daripada hukuman tersebut. Jika hukuman yang akan dikenakan hanyalah sekatan perpindahan dan pemotongan mata, maka pasukan tersebut masih boleh lagi bermain dengan pemain sedia ada dan berusaha keras pada perlawanan akan datang untuk menggantikan semula mata yang telah dipotong.

Apa pendapat anda mengenai denda RM 9 Juta yang dikenakan kepada 10 pasukan tersebut ? Adakah ianya wajar ? Adakah dengan hukuman ini, perkara seperti kegagalan melengkapkan dokumen tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan ?

Leave a Reply