Sumber Gambar: AFC

Pengadil dari Malaysia, Amirul Izwan Yacoob menjadi perhatian peminat bola sepak Asia apabila beliau membuat keputusan yang boleh dianggap kontroversi ketika perlawanan Liga Juara-Juara Asia antara kelab Iran, Esteghlal menentang kelab Emiriah Arab Bersatu, Al-Ain FC. Perlawanan ini berkesudahan seri 2-2 sama tetapi keputusan Amirul Izwan yang memberikan dua sepakan penalti terutamanya satu pada saat akhir kepada Al-Ain jelas menimbulkan kemarahan peminat Esteghlal. Anda boleh lihat insiden tersebut di bawah.


Sumber Video: AFC Hub

Pada minit ke-75, Amirul memberikan sepakan penalti kepada AL-Ain kerana Hussein Al-Shahat dijatuhkan di dalam kotak penalti. Pada pandangan kami, itu bukanlah kesalahan pemain Esteghlal kerana Hussein dilihat jatuh sendiri selepas gagal untuk mengawal bola. Amirul sekali lagi memberikan sepakan pelanti pada minit ke-86 kepada Al-Ain selepas pemain pertahanan Esteghlal, Pejman Montazeri mengasari pemain Al-Ain, Ahmed Khalil. Akan tetapi, kami berpendapat insiden tersebut adalah insiden yang “soft” dan tidak sepatutnya sepakan penalti diberikan. Akibat daripada tindakan Amirul Izwan, Esteghlal kehilangan dua mata selepas berjaya mendahului sebanyak dua kali hasil jaringan Mame Baba Thiam.

Akibat daripada tindakan Amirul ini, peminat Esteghlal melemparkan kemarahan mereka di media sosial. Mereka menggunakan hashtag #ShameOnAfc di media sosial dan menyerang beberapa akaun bola sepak Malaysia.


Kami berpendapat, perkara seperti ini tidak seharusnya terjadi. Dengan pengalaman yang dimiliki oleh Amirul Izwan, kami rasa beliau sepatutnya lebih bijak dalam menilai insiden tersebut. Apatah lagi ini adalah pentas terbesar dalam bola sepak Asia. Jadi, secara tidak langsung, seluruh Asia akan menyaksikan perlawanan ini dan mempunyai tanggapan buruk mengenai pengadil dari Malaysia. Jika insiden ini berlaku ketika peringkat kumpulan, mungkin tidak akan memberi kesan yang besar. Akan tetapi, bayangkan jika insiden seperti ini berlaku ketika perlawanan separuh akhir ataupun perlawanan akhir. Kesannya pasti akan lebih besar.

Akhir sekali, mungkin FAM boleh membantu bagi meningkatkan mutu pengadil dari Malaysia agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan.

Leave a Reply