Sumber Gambar: Teregganu FC

Apabila Irfan Bakti tidak berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan oleh penyerang import dari Argentina, Federico Falcone, beliau kemudiannya menggantikan Falcone dengan penyerang dari Ivory Coast bernama Kipre Tchetche pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim 2017. Enam bulan kemudian, nyata perjudian yang dibuat oleh Irfan Bakti berbaloi apabila Kipre berjaya membantu Terengganu FC layak ke Liga Super 2018 dengan menduduki tangga kedua dibelakang Kuala Lumpur, walaupun mereka berpeluang untuk muncul juara tetapi tewas kepada PKNP FC pada perlawanan terakhir Liga. Tetapi, itu cerita musim lalu. Di sini, kami mahu bercerita mengenai ketua pasukan Terengganu FC ini.

Meskipun Kipre menyertai pasukan Terengganu pada pertengahan musim, beliau berjaya menjaringkan 9 gol dalam saingan Liga Perdana musim lalu. Gandingan beliau bersama Issey Nakajima Farran di bahagian serangan Terengganu nyata menjadi. Kecemerlangan Kipre juga meyakinkan ketua jurulatih, Irfan Bakti untuk mengangkat beliau sebagai ketua pasukan meskipun terdapat nama-nama yang lebih senior daripada Kipre antaraya Ashari Shamsuddin, Abdul Latif Shuhaimi yang musim lalu menjadi ketua pasukan dan Suffian Abdul Rahman. Kami berpendapat keputusan Irfan Bakti untuk melantik Kipre sebagai ketua pasukan adalah satu keputusan yang baik kerana setakat ini Kipre menjalankan tugas dengan baik.

Selain menjadi “Captain Fantastic” bagi Terengganu, Kipre Tchetche juga tajam di hadapan gol dalam saingan Liga setakat ini. Beliau berjaya menjaringkan 4 gol dalam saingan Liga Super, kurang 1 dibelakang penyerang Selangor, Rufino Segovia dalam carta penjaring terbanyak setakat ini. “First touch” dan juga gelecekan Kipre nyata menyukarkan barisan pertahanan untuk menyekat beliau. Gandingan bersama seorang lagi pemain import Terengganu yang sedang “in form” ketika ini, Lee Andrew Tuck boleh dikatakan gandingan serangan terbaik dalam negara ketika ini.

Mampukah Kipre Tchetche mengekalkan prestasi cemerlang sekaligus membantu Terengganu FC menamatkan dominasi JDT di Liga Malaysia ? Mungin kita dapat mendapat jawapan apabila kedua-dua pasukan ini bertemu pada sabtu. Menarik untuk kita saksikan pasukan mana yang akan keluar sebagai pemenang sabtu ini.

Baca Juga: “Unsung Hero” Pasukan Terengganu FC

Leave a Reply