Sumber Gambar: JST

Liga Malaysia mula diwarnai dengan “feeder team” atau yang kini lebih dikenali sebagai “reserve team” pada empat musim kebelakangan ini. Sebelumnya, hanya pasukan Johor Darul Ta’zim yang mempunyai pasukan “reserve team” dalam Liga Malaysia. Musim ini, kehadiran Terengganu FC II memeriahkan lagi fenomena ini. Akan tetapi, prestasi kedua-dua pasukan ketika ini tidaklah seperti yang diharapkan. Apa dah jadi dengan reserve team ini ?

Johor Darul Ta’zim II dan Terengganu FC II dibarisi oleh beberapa pemain senior dalam Liga Malaysia bagi saingan Liga Perdana musim ini. Sesetengah daripada mereka juga pernah mewakili skuad kebangsaan di pentas antarabangsa. JDT II misalnya mereka dibarisi oleh beberapa pemain muda berbakat antaranya Fadzly Mazlan, Nazmi Faiz Mansor, Syafiq Ahmad dan Rozaimi Abdul Rahman. Selain pemain muda, JDT II juga dibarisi oleh pemain berpengalaman seperti Shakir Shaari dan Irfan Fazail. Tetapi, prestasi mereka amatlah mengecewakan. JDT II saat ini menghuni tangga tercorot Liga dengan belum mengutip sebarang kemenangan. Yang terbaru, mereka tewas kepada pasukan Pulau Pinang semalam. Apa masalah mereka sebenarnya ?

Kami berpendapat terdapat masalah penyesuaian dalam pasukan JDT II. Pemain JDT II dilihat agak bergelut dan juga keliru dengan taktikal yang diterapkan oleh ketua jurulatih, Benjamin Mora. Jika mengikut standard yang dimiliki oleh JDT II, mereka ini sepatutnya sedang mencabar Felda United bagi mengisi tangga teratas Liga.

Mujur Terengganu FC II berjaya mengutip kemenangan sebentar tadi dengan menewaskan UKM FC 2-1. Secara keseluruhannya, prestasi Terangganu FC II juga mengecewakan kerana barisan pemain yang dimiliki seperti Bruno Suzuki dan Akany Sunday dilihat mampu untuk sekurang-kurangnya menduduki 4 pasukan teratas Liga.

Kepincangan ini nyata menimbulkan persoalan di kalangan peminat. Apa guna reserve team ini jika mereka menjadi pasukan belasahan dalam Liga ? Jika mereka menggunakan pemain tempatan dan juga pemain muda keseluruhannya, mungkin mereka faham. Tetapi, mereka dipenuhi dengan pemain import dan berpengalaman.

Apa pendapat anda mengenai perkara ini ? Masih relevankah reserve team ini ?

Baca Juga: Pemindahan Skill, Bukan Tak Nak Turunkan

Leave a Reply