Sumber Gambar: FMLLP

Pasukan Pulau Pinang dan Felda United berjaya mengutip 3 mata penuh dalam perlawanan Liga Perdana 2018 semalam. Penang berjaya menundukkan Johor Darul Ta’zim II dengan keputusan 2-0 manakala Felda United berjaya menewaskan Kuantan FA dengan keputusan 1-0. Nampaknya Penang berjaya bangkit daripada dua kekalahan dalam aaingan Liga dan Felda United masih tidak tergugat dalam saingan Liga.

Kita mulakan dengan pasukan Pulau Pinang terlebih dahulu. Kemenangan ke atas JDT II semalam merupakan kemenangan yang amat diperlukan oleh Penang setelah mengalami dua kekalahan dalam perlawana Liga sebelum ini. Watak penting dalam kemenangan Pulau Pinang semalam ialah Ken Ilso Larsen. Bekas penyerang Kedah ini telah menjaringkan 2 gol setakat ini. Ken Ilso juga dilihat sudah menyesuaikan diri dengan taktikal yang diterapkan oleh ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan. Kami berpendapat jika Penang berjaya mengekalkan gaya permainan seperti semalam, mereka mampu untuk terus mengutip kemenangan sekaligus berada dalam kalangan 4 pasukan terbaik. Bagi JDT II pula, entah apa yang tak kena dengan mereka. Belum mengutip sebarang kemenangan dan saat ini berada di kelompok bawahan Liga. Ini adalah satu perkara yang memalukan memandangkan mereka mempunyai sederet pemain bintang dalam pasukan. Dan yang paling memilukan lagi adalah sesetengah daripada pemain mereka ialah bekas pemain kebangsaan.

Bagi Felda United pula, siapa yang boleh menghentikan mereka daripada terus mengutip kemenangan demi kemenangan. Walaupun barisan serangan mereka dirantai ketat sepanjang perlawanan menentang Kuantan, namun barisan pertahanan mereka tidak mengecewakan dengan menjadi penyelamat pasukan. Jaringan Thiago Aquino sudah cukup untuk memberikan Felda United 3 mata penuh sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah dakam saingan Liga setakat ini.

Sumber Gambar: FMLLP

Pasukan mana yang boleh menyekat Felda United ? Bagi kami setakat ini tiada lagi pasukan yang menunjukkan bahawa mereka mampu untuk menewaskan mereka. Kekuatan dari segala aspek pasukan nyata menyukarkan pasukan lawan untuk menewaskan mereka. Pendapat anda pula bagaimana ? Kira-kira pasukan mana yang mampu untuk menewaskan Felda United.

Baca Juga: Apa Sudah Jadi Dengan Pasukan Pulau Pinang ?

Leave a Reply