Sumber Gambar: Berita Harian

Bekas pemai skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir menasihatkan 10 pasukan yang didenda sebanyak RM9 juta oleh pengelola Liga, FMLLP agar menarik diri dari saingan Liga Malaysia. Beliau berpendapat bahawa hukuman yang dikenakan ini adalah tidak wajar dan bakal mendatangkan masalah kewangan kepada pasukan. Di sini, kami berpendapat menarik diri daripada saingan Liga Malaysia musim ini bukanlah jalan penyelesaian yang baik untuk menghadapi permasalahan ini.

Memang tidak dinafikan bahawa jumlah denda yang dikenakan oleh FMLLP adalah agak keterlaluan. Namun, menarik diri dari saingan Liga M hanya akan merumitkan lagi keadaan, bukan menyelesaikan. Jika sesebuah pasukan itu tarik diri daripada saingan Liga, mereka bukan saja bakal berdepan hukuman yang lebih berat. Malah mereka juga mungkin tidak akan dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam Liga pada masa akan datang. Ini bukan saja merugikan pasukan malah juga memberi impal besar kepada peminat. Mereka akan kehilangan pasukan yang disokong oleh mereka selama ini. Sanggupkah anda kehilangan pasukan yang sudah lama anda sokong ? Kami pasti anda tidak sanggup.

Jalan penyelesaian terbaik yang ada ketika ini adalah merayu kepada Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) untuk sekurang-kurangnya mengurangi jumlah yang harus dibayar oleh pasukan. Hal berkenaan rayuan ini juga dinytakan oleh presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalinggam.

Kami faham tindakan Datuk Jamal Nasir yang mahukan 10 pasukan ini menarik diri dari saingan Liga Malaysia kerana kecewa dengan denda yang dikenakan. Tetapi, apa boleh buat. Sepuluh pasukan ini telah melakukan kesalahan dan amat tidak adil kepada pasukan yang lain apabila tiada hukuman yang dikenakan. Hukuman yang dikenakan ini bertujuan untuk memberi pengajaran serta memberi amaran kepada pasukan lain agar mengikuti undang-undang yang telah disediakan dan tidak mengambil sikap sambil lewa apabila ada perkara berkaitan pasukan seperti penghantaran dokumen kepada FMLLP. Ini juga untuk mengajak pengurusan pasukan agar bergerak ke arah pemodenan dan juga persekitaran bola sepak yang maju.

Leave a Reply