Sumber Gambar: Semuanya Bola

Pasukan kebangsaan akan menghadapi Mongolia dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa. Perlawanan tersebut akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 Mac 2018. Perlawanan ini juga akan menjadi perlawanan pertama bagi Tan Cheng Hoe sebagai pengendali pasukan serta perlawanan pertama pasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang telah diubah-suai. Menjelang perlawanan ini, kami ingin berkongsi dengan anda 6 penjaga gol yang boleh diberikan peluang untuk menyertai skuad kebangsaan. Kami memilih 6 penjaga gol ini berdasarkan prestasi semasa mereka ketika ini.

1. Farizal Marlias

Sumber Gambar: Semuanya Bola


Sejak kembali dari penggantungan selama satu tahun yang dikenakan oleh AFC terhadap beliau, Farizal serta-merta kembali dalam kesebelasan utama pasukan JDT. Dalam tiga perlawanan dimana Farizal diturunkan dalam kesebelsan utama, beliau menyimpan dua clean sheet. Kami berpendapat beliau boleh diberikan peluang untuk tampil dalam skuad kebangsaan sekali lagi.

2. Helmi Eliza

Sumber Gambar: Pahang FA


Penjaga gol Pahang ini berjaya menemui sentuhan terbaik beliau sejak diberi kepercayaan untuk menjadi penjaga gol utama pasukan Pahang. Helmi setakat ini menyimpan 4 clean sheets dalam saingan Liga. Kali terakhir kita melihat Helmi menyarung jersi Malaysi ialah pada tahun 2009 lalu. Dengan prestasi semasa beliau, mungkin Tan Cheng Hoe boleh memanggil Helmi.

3. Bryan See Tian Keat

Sumber Gambar: The Star


Penjaga gol PKNP FC ini mengejutkan ramai pihak dengan persembahan baik beliau bersama PKNP FC. Persembahan ketika PKNP menentang Kuala Lumpur dan juga Kedah mungkin boleh dijadikan rujukan untuk Tan Cheng Hoe. Lagi pun, sudah lama skuad kebangsaan tidak diwarnai dengan penjaga gol berbangsa Cina.

4. Robson Rendy Rining

Sumber Gambar: Sabah FA


Penjaga gol Sabah ini diundi sebagai pemain terbaik bulanan Liga Perdana 2018 bagi bulan Februari. Rendy setakat ini mempunyai 2 clean sheets dalam saingan Liga. Kita juga sudah lama tidak melihat penjaga gol dari borneo mewaikili skuad kebangsaan. Ini adalah satu peluang keemasan untuk Rendy memikat hati Tan Cheng Hoe.

5. Hafizul Hakim

Photo by Zulkifly Abdul Hamid / www.asiana.my


Hafizul hakim menjadi pilihan Nelo Vingada sewaktu kempen kelayakkan Piala Asia 2019. Persembahan cemerlang ketika menyelamatkan penalti sewaktu Malaysia seri dengan Hong Kong merupakan aksi terbaik Hafizul bersama skuad kebangsaan.

6. Shahril Saa’ari

Sumber Gambar: PKNS FC


Siapa sangka penjaga gol yang mewakili Sarawak dalam saingan Liga Perdana musim lalu boleh beraksi cemerlang bersama PKNS FC dalam saingan Liga Super. Shahril setakat ini menyimpan 3 clean sheets dalam saingan Liga. Ramai peminat juga mencadangkan agar Shahril diberi peluang untuk mewakili skuad kebangsaan.

Haa itulah dia 6 penjaga gol yang menurut kami layak untuk diberi peluang bagi tampil bersama skuad kebangsaan. Apa pendapat anda ? Adakah anda mempunyai penjaga gol lain yang boleh dimasukkan dalam senarai di atas ?

Baca Juga: Tan Cheng Hoe Berdepan Cabaran Sukar

Leave a Reply