Sumber Gambar: FMLLP

Kekalahan pasukan Negeri Sembilan di tangan pasukan Pahang nyata meninggalkan kesan yang mendalam ke atas pasukan. Dengan kekalahan pada sabtu, mereka kini menghuni tangga terbawah Liga dengan hanya mengutip satu kemenangan dan tewas sebanyak empat perlawanan. Barisan pemain yang diturunkan pada perlawanan dilihat gagal untuk memberi tentang kepada pasukan Pahang. Tiada idea dan juga gaya permainan yang hambar mewarnai kekalahan mereka semalam. Apa yang akan berlaku dalam pasukan Negeri Sembilan seterusnya ?

Ketiadaan penyerang import, Nicolas Velez dilihat menjejaskan perancangan pasukan. Sudah tiga perlawanan Liga, Velez masih lagi tidak diturunkan akibat kecederaan. Ini membuatkan barisan serangan Negeri Sembilan dilihat agak tumpul. Lihat saja ketika perlawanan menentang Pahang. Senang betul gerakan serangan dipatahkan oleh barisan pertahanan lawan. Bahagian tengah Negeri Sembilan juga dilihat gagal bermain dengan baik ketika perlawanan menentang Pahang. Barisan pertahanan pula, mereka gagal untuk mengulangi persembahan ultra defensive ketika menentang Kedah dalam saingan Piala FA tempoh hari. Senang cerita, segalanya tidak menjadi.

Jika kita melihat kepada situasi pasukan ketika ini, berkemungkinan besar Azraai Khor akan membuat rombakan pemain apabila jendela perpindahan kedua dibuka Jun nanti. Rombakan yang bakal dilakukan sudah tentu dari aspek pemain import pasukan. Setakat ini, kami hanya melihat Renars Rode dan Nicolas Velez yang berkemungkinan dikekalkan. Bagi tiga pemain import yang lain iaitu Prak Mony Udom, Flavio Beck Junior dan Kim Do-hyeon, mereka harus mula bermain dengan baik sekiranya tidak mahu diganti.

Jika betul Azraai mahu membawa masuk pemain import baharu pada Jun nanti, kami meramalkan beliau akan membawa masuk seorang penyerang import bagi digandingkan dengan Nicolas Velez. Azraai juga mungkin akan membawa masuk pemain tengah bagi memberikan nafas baru di bahagian tersebut.

Itulah yang kami ramal akan berlaku dalam pasukan Negeri Sembilan seterusnya. Tetapi buat masa sekarang, Azraai Khor harus mencari cara untuk pasukan Negeri Sembilan bangkit dengan menggunakan pemain sedia ada. Mereka harus segera kembali mengutip kemenangan jika tidak mahu terus terperosok di tangga bawahan Liga. Boleh jadi main Liga Kumbahan kalau terus macam ni.

Apa pendapat anda mengenai masalah yang dihadapi oleh Negeri Sembilan ? Adakah mereka perlukan rombakan pemain import pada Jun nanti ? Mari kongsikan pendapat anda bersama kami.

Baca Juga: Mampukah Azraai Menyelamatkan Negeri Sembilan ?

Leave a Reply