Sumber Gambar: Berita Harian

Apa ni reff! Haa itulah ayat yang keluar daripada peminat yang datang apabila pengadil membuat keputusan yang menurut mereka itu adalah satu keputusan yang tidak wajar. Isu pengadil ni sudah lama berlaku di Malaysia. Macam-macam kes kita dah dengar. Minggu lalu, ketika perlawanan Unifi Liga Super 2018 dan Liga Perdana, kredibiliti pengadil sekali lagi dipersoal apabila membuat keputusan yang boleh dikatakan kontroversi.

Mari kita mulakan dengan perlawanan diantara Felcra FC menentang UiTM FC yang berakhir dengan keputusan seri 1-1. Dalam perlawanan tersebut, pengadil mengeluarkan 7 kad kuning keseluruhannya, 6 buat pemain UiTM manakala 1 untuk pemain Felcra. Selain memberikan banyakkad kuning, pengadil juga dilihat gagal untuk mengesan insiden yang boleh mengakibatkan pasukan mendapat sepakan penalti. Seterusnya, insiden yang terjadi ketika perlawanan antara pasukan Kelantan menentang PKNS FC. Pengadil tidak memberikan sepakan penalti selepas bola dilihat terkena tangan pemain PKNS di dalam kotak penalti. Namun, pengadil tidak memberikan sepakan penalti sebaliknya hanya memberi sepakan percuma di luar kotak penalti pasukan PKNS. Jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah juga mempersoalkan keputusan ini namun tidak mahu memberi komen lebih lanju, risau dikenakan hukuman katanya.

Akan tetapi, insiden yang paling menjadi sorotan minggu lepas adalah ketika perlawanan top of the table clash antara pasukan Johor Darul Ta’zim menentang Terenggnu FC. Ada beberapa insiden yang disifatkan berat sebelah oleh peminat Terengganu FC. Pada separuh masa kedua, Kipre dilihat dijatuhkan di dalam kotak penalti. Namun, pengadil tidak memberikan sepakan penalti kepada Terengganu. Selain itu, tindakan jurulatih JDT, Raul Longhi yang menggangu permainan juga tidak diberikan apa-apa tindakan melainkan hanya amaran lisan yang diberikan oleh Zulkarnain Zakaria.

Entah sampai bila kita nak menyaksikan insiden melibatkan pengadil menjadi topik perbincangan peminat bola sepak Malaysia. Sudah pelbagai kejadian yang berlaku. Namun, hasilnya tetap sama. Tiada pengajaran yang diambil bagi memantapkan institusi pengadilan dalam arena bola sepak Malaysia.

Apa pendapat anda mengenai permasalahan ini ? Apa yang perlu dilakukan supaya insiden melibatkan pengadil ini dapat dikurangkan ?

Baca Juga: Amirul Izwan Jadi Sorotan Asia

Leave a Reply