Sumber Gambar: Felda United

Lima kemenangan, 16 gol dijaringkan dan belum tewas. Itulah rekod pasukan Felda United dalam saingan Liga Perdana ketika ini. Perkara ini memang sudah dijangka oleh peminat bola sepak tanah air memandangkan kualiti yang dimiliki oleh pasukan Felda berbeza daripada pasukan lain dalam Liga Perdana. Dari segi pemain, pengurusan dan barisan kejurulatihan memang berbeza. Prestasi cemerlang Felda United ini membuatkan kami tertanya-tanya. Dimanakah kedudukan pasukan Felda jika mereka bersaing dalam Liga Super musim ini ?

Felda United mempunyai jentera serangan dan juga barisan pertahanan terbaik dalam saingan Liga Perdana 2018. Setakat minggu perlawanan kelima, Felda berjaya menjaringkan 16 gol dan hanya dibolosi sebanyak 4 gol dalam saingan Liga. Hanya pasukan Sabah yang mempunyai jumlah bolos sedikit berbanding pasukan Felda. Mari kita letakkan Felda dalam saingan Liga Super. Pencapaian Feld ketika ini akan meletakkan mereka di tangga teratas Liga Super dengan mengatasi pasukan Johor Darul Ta’zim dengan kelebihan 3 mata. Felda juga masih lagi memegang rekod sebagai pasukan paling banyak menjaringkan gol kerana pasukan yang paling banyak menjaringkan gol dalam sasingan Liga Super ketika ini, Pahang dan Kedah hanya mampu menjaringkan 10 gol. Dari segi gol yang dilepaskan, Felda berada di belakang pasukan Johor Darul Ta’zim dan juga pasukan Pahang. Kedua-dua pasukan ini hanya bolos 2 gol setakat ini. Felda juga akan menjadi satu-satunya pasukan yang masih lagi mengekalkan rekod 100% dalam saingan Liga Super.

Haa itulah kedudukan pasukan Felda dalam saingan Liga Super jika kita meletakkan mereka dalam saingan musim ini berdasarkan prestasi semasa pasukan. Mengapa kami meletakkan Felda dalam saingan Liga Super dan kami bandingkan dengan pasukan lain ? Kerana pasukan Felda seharusnya bermain di saingan Liga Super musim ini. Bukan di saingan Liga Perdana. Akan tetapi, nasi sudah menjadi bubur. Mereka harus menghadapi saingan Liga Perdana terlebih dahulu sebelum naik ke Liga Super.

Apa pendapat anda mengenai perbandingan yang kami lakukan ke atas pasukan Felda United ? Menurut anda, mampukah Felda mencabar kejuaraan Liga Super jika mereka beraksi di sana musim ini ?

Baca Juga: Felda Berada Di Tahap Yang Berbeza

Leave a Reply