Pasukan Pahang sedang berada dalam prestasi yang cemerlang dalam saingan Liga Super ketika ini. Mereka memenangi 3 perlawanan terakhir Liga Super, yang terbaru mereka menewaskan pasukan Negeri Sembilan dengan keputusan 4-0. Jika kita bercakap mengenai prestasi Pahang ketika ini, sudah tentu kita menyebut nama seperti Fracis Forkey Doe, Muhamadou Sumareh dan Patrick Cruz. Tetapi, di sini kami lebih tertarik untuk membincangkan tentang gandingan tengah pasukan Pahang iaitu Nor Azam Azih dan Safuwan Baharuddin. Kami berpendapat gandingan midfield ini adalah gandingan yangs edang meningkat naik dalam saingan Liga Malaysia.

Walaupun baru saja digandingkan, tetapi kita boleh melihat Azam dan Safuwan mampu untuk menampilkan persembahan yang mantap di bahagian tengah pasukan Pahang. Nor Azam mempunyai peranan sebagai perancang bagi menggerakkan jentera serangan pasukan manakala Safuwan Baharuddin berperanan sebagai destroyer bagi mematahkan segala gerakan serangan pasukan lawan. Kedua-dua pemain ini juga efektif ketika gerakan serangan dan juga ketika gerakan pertahanan. Boleh dikatakan kedua-dua pemain ini merupakan hero yang tidak didendang pasukan Pahang. Kawalan bola, ketenangan di atas padang serta kualiti hantaran bola yang baik yang dimiliki oleh kedua-dua pemain ini menjadi kelebihan yang dimiliki oleh pasukan.

Kami berpendapat keputusan pengurusan pasukan Pahang menandatangani Safuwan Baharuddin daripada pasukan PDRM FA adalah satu keputusan yang berbaloi. Mereka akhirnya berjaya menemukan pasangan yang sesuai dengan gaya permainan Nor Azam Azih di bahagian tengah. Kami melihat dengan adanya Safuwan Baharuddin, beliau boleh memberikan perlindungan kepada Azam supaya Azam lebih bebas bergerak bagi merancang gerakan serangan pasukan. Potensi Azam juga semakin menonjol musim ini.

Mampukah gandingan midfield ini mengekalkan prestasi semasa mereka sekaligus membantu pasukan Pahang kekal bersaing bersama pasukan JDT dan juga PKNS FC di puncak Liga ? Dan adakah wajar jika kita menggelarkan gandingan ini sebagai gandingan pemain tengah terbaik dalam negara ketika ini ? Mari kongsikan pandangan anda bersama kami.

Baca Juga: Pahang Menuju Ke Arah Bola Sepak Moden ?

Leave a Reply