Sumber Gambar: Kedah FA

Kuala Lumpur sekali lagi melakukan kejutan dengan mengalahkan Kedah 4-3. Terdahulu, mereka juga telah mengalahkan JDT 1-0 juga di Cheras. Ketika ditemubual, Ramon Marcote berkata beliau masih bingung bagaimana pasukan bimbingannya boleh kalah dalam pertemuan ini. Kata beliau, selalunya apabila sebuah pasukan menjaringkan 3 gol, sudah pasti mereka akan memenangi perlawanan tersebut. Kenyataan ini merumuskan keseluruhan perjalanan perlawanan tersebut. Bagaimanakah Kuala Lumpur berjaya menundukkan pasukan yang begitu dominan dalam perlawanan ini?

 

Kesilapan Individu
Talking point dalam perlawanan ini sudah tentu tentang kesilapan individu. Kedah menghadiahkan gol-gol mudah kepada KL melalui kesilapan individu. Seawal minit ketiga mereka telah menghadiahkan penguasaan bola dengan begitu mudah kepada Zaquan Adha untuk menjaringkan gol. Ini memberi tekanan kepada seluruh pasukan di mana kita dpt lihat pemain-pemain Kedah banyak berlari dalam perlawanan ini berbanding perlawanan lalu, sekaligus merupakan indikasi bahawa mereka tertekan untuk mencari gol. Malah 3 lagi gol yang dijaringkan oleh KL juga melalui kesilapan individu. Pemain Kedah terlalu mudah ditewaskan dengan body feint dari De Paula dan Paulo Josue, manakala di bahagian pertahanan kanan pasukan Kedah seperti wujud Marcelo Lane akibat kegagalan Rizal Ghazali untuk track back dengan cepat apabila KL melakukan counter attack.

 

3-5-2 KL
KL menggunakan formasi 3-5-2 sebagai asas permainan mereka dengan De Paula sebagai Target Man dan Zaquan playing on defenders shoulder. Syazwan Andik dan Firdaus Fauzi berkembang di bahagian wingback KL. KL banyak menyerang menggunakan direct attack dengan bola-bola ke hadapan ditujukan kepada De Paula. Dari segi serangan, mereka menggunakan kelebihan yang ada pada De Paula dengan begitu baik, menjadikan beliau sebagai titik focal kepada serangan mereka. Namun secara keseluruhan, persembahan KL masih boleh diperbaiki terutama ketika bertahan. Walaupun bertahan dalam chain of 5, pasukan Kedah masih boleh menjaringkan 3 gol menentang mereka. Organisasi KL di bahagian pertahanan masih perlu diperbaiki. Dalam perlawanan ini, Irfan Zakaria beraksi di bahagian tengah. Irfan beraksi dengan baik, namun penulis merasakan bahawa organisasi pertahanan KL pasti lebih baik jika Irfan beraksi sebagai CB. Beberapa pemain KL seperti Syazwan Andik, Irfan, De Paula, Zaquan, Paulo Josue beraksi baik dalam perlawanan ini hingga membolehkan mereka mencatat keputusan mengejutkan sekali lagi. Adakah KL bakal menjadi Giant Killer musim ini?

 

Kedah Kehilangan Pelindung
Kecederaan Akram Mahinan ibarat turning point dalam perlawanan ini. Dalam beberapa perlawanan sebelum ini, Akram bermain dengan begitu baik sebagai destroyer yang beraksi di posisi No.6 pasukan Kedah. Walaupun keupayaan hantaran Akram tidak sebaik pemain-pemain lain dalam pasukan Kedah, tetapi beliau menunjukkan kekuatan fizikal dan pembacaan permainan yang baik untuk intercept segala serangan lawan. Ramon menggantikan Akram dengan Amirul Hisyam di separuh masa kedua. Amirul merupakan seorang pemain yang mempunyai kemampuan hantaran dan mengawal tempo permainan dengan baik, tetapi beliau bukan jenis pemain yang sama dengan Akram. Di saat Kedah menghantar seramai mungkin pemain ke hadapan untuk mencari gol, Amirul bergelut dengan permainan fizikal De Paula dan Josue.

 

Off-form
Beberapa orang pemain Kedah beraksi di bawah tahap sebenar. Tidak pasti sama ada ini adalah bad day mereka ataupun mereka bermain dalam tekanan. Antara pemain yang beraksi buruk adalah Khairul Helmi, Alvaro Silva, Rizal Ghazali dan Andik Vermansyah. Khairul Helmi dan Alvaro melakukan kesilapan mudah sehingga membolehkan KL menjaringkan 4 gol. Sementara Arif Farhan beraksi dengan begitu cemerlang di bahagian kiri, cerita berbeza di bahagian kanan Kedah. Ketika Piala Dunia lalu, pihak media memberikan terma Marcelo Lane atas di bahagian pertahanan kiri Brazil apabila terlalu banyak ruang kosong ditinggalkan oleh Marcelo di situ. Dalam perlawanan ini, Marcelo Lane hampir seperti wujud di bahagian kanan Kedah. Bagi Andik Vermansyah pula, beliau seperti terputus dari rantaian serangan pasukan Kedah. Kerap kali Andik bermain terlalu wide, sehingga beliau nampak seperti hilang dalam perlawanan ini. Kami berasakan Akhyar patut dimasukkan lebih awal bagi menggantikan Andik dalam perlawanan ini kerana Andik jelas tenggelam sepanjang 90 minit. Kami harap mereka dapat bangkit dan membuktikan kebolehan mereka dalam perlawanan seterusnya.

 

Cheras Kubu KL?
Apabila masuk ke Stadium Cheras (kali pertama datang Cheras ni), tanggapan pertama tentang ground ini ialah saiz padang di Stadium Cheras sedikit kecil dan rumputnya sedikit bumpy. Saiz dan permukaan padang seperti ini sangat sesuai untuk bermain secara direct atau counter attack. Sebelum bermula perlawanan, penulis sempat mengatakan kepada rakan penulis bahawa melihat kepada keadaan padang, KL mungkin akan bermain secara high block press apabila CB pasukan Kedah memiliki bola, turun memenuhkan bahagian tengah dan bertahan dalam chain of 5 apabila bola sampai ke kawasan KL dan melakukan counter attack pantas . Ternyata itu yang dilakukan KL. Ketua Jurulatih KL membuat keputusan tepat bermain begitu menentang pasukan besar di Stadium Cheras. Kami merasakan bahawa jika mereka boleh menambahbaik kualiti sedia ada yang mereka miliki, Cheras boleh menjadi kubu kuat pasukan KL.

 

Pablo Pallares
Nama pemain ini sering menjadi kontroversi di kalangan penyokong Kedah. Positifnya, dalam perlawanan ini Pablo menunjukkan peningkatan ketara dalam permainan beliau. Dalam ulasan perlawanan-perlawanan lalu, kami menyatakan bahawa Pablo terlalu statik, tidak tajam dan terlalu isolated. Kali ini, beliau seperti pemain berbeza. Pergerakan beliau lebih tajam. Pablo tidak lagi menunggu di belakang pertahanan membiarkan mereka menutup ruang untuk beliau menjaringkan gol, sebaliknya beliau lebih aktif terlibat dalam gerakan, malah beliau juga beberapa kali melakukan diagonal run yang merupakan senjata utama mana-mana penyerang berbahaya. Akan tetapi masih banyak ruang yang boleh diperbaiki Pablo terutamanya dari segi teknik. Sentuhan pertama dan ball control beliau perlu diperbaiki. Begitu juga dengan teknik rembatan. Ketika sesi warm up pasukan Kedah, penulis sempat berseloroh dengan rakan penulis bahawa Pablo tidak akan mampu menjaringkan gol melalui rembatan apabila melihat teknik beliau merembat bola.

 

Kredit Gambar – Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah

Leave a Reply