Sumber Gambar: Terengganu FC

Tempoh hari, pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan bahawa beliau mahu membuat “pembaziran” bagi menguatkan pasukan JDT dalam saingan Liga Malaysia. Beliau berkata pasukan sudah menyediakan senarai 5 pemain import yang menjadi sasaran. Di sini, kami kongsikan kepada anda 5 pemain import dalam saingan Liga Malaysia yang mungkin terlibat dengan pembaziran pasukan JDT.

1. Rufino Segovia

Sumber Gambar: FA Selangor


Penyerang Selangor ini berjaya menjaringkan 5 gol dalam saingan Liga setakat ini. Rufino dilihat pemain yang sesuai untuk menggantikan Luciano Figueroa di barisan serangan pasukan JDT. Jika JDT mahu mencari penyerang dalam Liga Malaysia, Rufino harus berada dalam senarai mereka.

2. Muhamadou Sumareh

Sumber Gambar: Pahang FA


Semenjak pemergian Jorge Pereyra Diaz, JDT masih lagi gagal untuk mencari pengganti beliau. Safawi dan Hazwan dilihat tidak mampu untuk mengisi tempat yang ditinggalkan. Skill yang dimiliki oleh Sumareh dilihat pengganti yang sesuai untuk menggantikan Diaz. Kepantasan serta gelecekkan beliau hampir sama dengan Diaz.

3. Faris Ramli

Sumber Gambar: PKNS FC


Seorang lagi pemain sayap yang boleh dipertimbangkan sekiranya JDT mahu mencari pengganti Diaz. Persembahan Faris Ramli bersama PKNS FC setakat ini nyata tidak mengecewakan. Sama seperti Sumareh, gelecekan dan kawalan bola Faris dilihat mampu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

4. Patrick Cruz Dos Santos

Sumber Gambar: Pahang FA


Jika JDT mahukan penyerang yang boleh dikategorikan sebagai pemain muda, maka Patrick Cruz adalah pemain yang sesuai. Prestasi semasa Patrick dalam saingan Liga sangat baik ketika ini. Beliau berjaya menjaringkan 3 gol dalam saingan Liga.

5. Igor Zonjic

Sumber Gambar: Terengganu FC


Igor Zonjic mempamerkan persembahan cemerlang bersama pasukan Terengganu FC setakat ini. Jika JDT mahu menggantikan Marcos Antonio dengan pemain import yang ada dalam Liga Malaysia, kai berpendapat Zonjic merupakan calon yang sesuai ketika ini.

Haa itulah 5 pemain import dalam negara yang mungkin akan terlibat dengan pembaziran yang akan dilakukan oleh JDT. Kelima-lima pemain di atas sedang dalam prestasi terbaik ketika ini.

Leave a Reply