Sumber Gambar: PKNP FC

Pendatang baru Liga Super 2018, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) sudah mula merasai tekanan yang harus dihadapi apabila bermain di saingan Liga Super apabila mereka tewas buat kali ketiga dalam saingan Liga di tangan pasukan Melaka United. Ketua jurulatih mereka, Abu Bakar Fadzim melabelkan kekalahan kepada Melaka United tidak patut terjadi. Jurulatih yang mesar dipanggil Burn ini melabelkan barisan pertahanan ketika perlawanan menentang Melaka sebagai budak sekolah.

PKNP nyata agak bergelut dalam saingan Liga setakat ini. Mereka hanya mampu menjaringkan 3 gol dan dibolosi sebanyak 7 kali. Pemain terbaik mereka musim lalu, Shahrel Fikri Fauzi juga masih lagi bergelut untuk mempamerkan prestasi cemerlang seperti yang beliau lakukan musim lalu. Pemain import yang ditandatangani juga gagal untuk membantu pasukan setakat ini. Dua pemain import serangan, Keo Shokpeng dan Yeon Gi-sung masih lagi gagal untuk membuktikan bahawa pengambilan mereka adalah satu keputusan yang tepat. Kami berpendapat kedua-dua pemain ini bakal digantikan pada jendela perpindahan kedua Jun nanti bagi diisi oleh penyerang yang lebih berkaliber.

Barisan pemain tempatan yang dimiliki oleh PKNP juga dilihat bergelut untuk beraksi dengan baik. Mungkin kerana rata-rata daripada mereka adalah pemain muda yang pertama kali bermain di peringkat tertinggi dalam kalendar bola sepak Malaysia. Jadi mereka perlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan kancah Liga Super.

Apa yang diperlukan oleh PKNP ketika ini adalah mereka harus segera bermain dengan baik serta mula mengutip kemenangan jika tidak mahu terperangkap di perosok bawahan Liga. Sudah pasti mereka tidak mahu untuk kembali ke saingan Liga Perdana selepas hanya satu musim mereka membuat penampilan pertama dalam sejarah kelab mereka di saingan Liga Super. Ketua jurulatih, Abu Bakar Fadzim harus mempunyai “back up plan” bagi memastikan PKNP kembali mengutip kemenangan.

Apa pendapat anda mengenai situasi terkini PKNP FC ? Pada pendapat anda, apa langkah yang perlu diambil untuk memastikan mereka tidak tersingkir ke saingan Liga Perdana musim hadapan ?

Baca Juga: PKNP Mampu Bersaing ?

Leave a Reply