Sumber Gambar: Pahang FA

Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan senarai pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat yang akan bermula 18 Mac ini. Kali ini, nama seperti Natxo Insa dan La’Vere Corbin-Ong dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe. Selain dua pemain kacukan tersebut, kita juga melihat beberapa pemain lain daripada skuad bawah 23 tahun. Kami berpendapat terdapat pemain lain yang juga layak dipanggil menyertai kem latihan kali ini. Di sini, kami akan menyenaraikan 5 pemain lain yang patut dipanggil oleh Tan Cheng Hoe bagi menyertai kem latihan pusat.

1. Nasrullah Hanif Johan

Photo by: Ahmad Ridhuan | asiana.my


Nasrullah bermain dengan baik bersama pasukan Terengganu FC setakat ini. Beliau membentuk gandingan mantap bersama Igor Zonjic di pertahanan tengah pasukan. Jika kita melihat kepada persembahan beliau, kami merasakan Nasrullah layak dipanggil untuk menyertai kem latihan.

2. Faisal Rosli

Faisal berjaya membentuk gandingan mantap di bahagian kiri pasukan Pahang bersama Chan Vathanaka. Larian pantas Faisal selalu menyusahkan barisan pertahanan pasukan lawan. Berdasarkan prestasi semasa beliau, nama Faisal harus berada dalam senarai 29 pemain yang dipanggil.

3. Abdul Malik Mat Ariff

Sumber Gambar: Terengganu FC


Pemain sayap Terengganu FC ini antara pemain sayap tempatan yang beraksi baik dalam saingan Liga Super. Sejak ditandatangani daripada Kuantan FA, Malik serta-merta menjadi pemain pilihan dalam kesebelasan utama pasukan. Dan Malik seharusnya berada dalam senarai pemain yang akan menyertai kem latihan.

4. Helmi Eliza Elias

Sumber Gambar: Pahang FA


Helmi Eliza antara penjaga gol terbaik dalam saingan Liga Super setakat ini dengan mempunyai 3 clean sheets. Helmi juga penjaga gol yang paling sedikit dibolosi iaitu sebanyak 2 gol dalam Liga. Nama Helmi wajib ada di dalam senarai memandangkan prestasi semasa beliau yang baik ketika ini.

5. Rodney Celvin Akwinsivie

Sumber Gambar: PKNS FC


Pemain berdarah Ghana-Malaysia ini menjadi pilihan utama Datuk K.Rajagopal untuk diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan PKNS FC. Dan beliau nyata tidak mengecewakan. Gandingan Rodney bersama Zac Anderson nyata kukuh di benteng pertahanan. Persembahan Rodney dalam 3 perlawanan terakhir menjadi faktor mengapa beliau patut dipanggil menyertai kem latihan.

Haa itulah 5 pemain yang menurut kami layak untuk dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan pada 18 Mac ini. Apa pendapat anda mengenai pilihan kami ?

Leave a Reply