Sumber Gambar: Terengganu FC

Nama beliau sudah tidak asing lagi dalam saingan Liga Malaysia. Pengalaman, karisma dan juga kredibiliti yang dimiliki menjadikan beliau antara jurulatih yang dihormati dalam kancah Liga Malaysia. Adaptasi dan juga penyesuaian beliau terhadap modern game menjadikan beliau mampu untuk terus bersaing dengan jurulatih masa kini. Siapakah individu yang kami maksudkan ? Beliau adalah Irfan Bakti Abu Salim. Jurulatih berusia 66 tahun ini adalah individu disebalik prestasi cemerlang pasukan Terengganu FC.

Irfan Bakti sudah tidak asing lagi dengan arena bola sepak Malaysia. Beliau juga antara jurulatih Malaysia yang pernah melatih pasukan di Liga Indonesia, Persipura Jayapura lebih tepatnya. Meskipun pencapaian dari segi piala tidaklah sebaik jurulatih yang lain, tetapi beliau masih lagi menjadi antara jurulatih yang disegani. Musim ini, beliau berjaya membawa pasukan Terengganu FC bersaing dengan pasukan besar seperti Johor Darul Ta’zim dan juga Pahang di puncak Liga.

Ada beberapa faktor yang menurut kami menjadi penyumbang utama betapa cemerlangnya Terengganu FC di bawah bimbingan Irfan Bakti. Antara faktor yang memainkan peranan penting adalah barisan pemain sedia ada yang sesuai dengan taktikal dan sitem yang diterapkan oleh Irfan. Lihat saja gandingan Kipre Tchetche dan Lee Tuck di bahagian serangan. Kedua-dua pemain ini antara gandingan serangan terbaik dalam Liga setakat ini. Irfan juga berjaya mengubah posisi Abdul Malik Mat Ariff daripada seorang penyerang kepada pemain sayap yang berbahaya. Selain itu, Irfan juga berjaya menyesuaikan diri dengan taktikal bola sepak moden. Hal ini yang menyebabkan beliau masih mampu untuk bersaing bersama jurulatih yang lebih muda daripada beliau.

Jika Irfan berjaya mengekalkan rentak cemerlang pasukan Terengganu FC ketika ini, tidak mustahil mereka sekurang-kurangnya boleh memenangi dua piala musim ini. Di saingan Liga, kedudukan mereka tidaklah terlalu jauh dengan pasukan tangga teratas Liga. Di saingan Piala FA pula, mereka akan berdepan cabaran Selangor hujung minggu ini, dimana kami melihat mereka tiada masalah untuk sekali lagi menewaskan Selangor.

Apa pendapat anda mengenai pencapaian Irfan Bakti bersama pasukan Terengganu ketika ini ? Mampukah beliau membawa pasukan Terengganu mearih kejuaraan ?

Baca Juga: Kipre Tchetche, “Captain Fantastic” Untuk Terengganu FC

Leave a Reply