Seramai 29 pemain telah dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan yang akan bermula pada 18 Mac ini. Ada pemain daripada saingan Liga Perdana dan juga Liga Super. Ada muka baru dan juga muka lama. Di sini, kami akan berkongsi pilihan kami tentang kesebelasan utama berdasarkan barisan pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat ini.

1. Hafizul Hakim

Photo by Zulkifly Abdul Hamid / www.asiana.my


Penjaga gol Perak ini beraksi cemerlang bersama pasukan Perak setakat ini. Dari 3 penjaga gol yang dipanggil, hanya Hafizul saja yang mempunyai minit bermain yang banyak berbanding penjaga gol yang lain. Kami berpendapat beliau akan menjadi pilihan utama Tan Cheng Hoe.

2. Matthew Davies

Sumber Gambar: Pahang FA


Ketua pasukan Pahang ini sedang menikmati prestasi semasa yang cemerlang ketika ini. Gandingan bersama Muhamadou Sumareh di bahagian pasukan Pahang nyata berbahaya buat pasukan lawan. Davies dilihat calon yang lebih sesuai mengisi posisi pertahanan kanan jika dilihat dari segi prestasi semasa.

3. Irfan Zakaria

Sumber Gambar: Goal.com


Meskipun baru saja diberikan peluang untuk tampil dalam kesebelasan utama pasukan Kuala Lumpur, keupayaan Irfan untuk bermain sebagai pemain pertahanan tidak boleh diragukan. Kita boleh lihat ketika temasya Piala Asia bawah 23 tahun tempoh hari. Irfan bermain cemerlang sebagai pemain pertahanan.

4. Fadhli Shas.

Sumber Gambar: FourFourTwo


Hanya Fadhli Shas saja pemain pertahanan tengah senior yang dipanggil oleh Tan Cheng Hoe. Prestasi Fadhli bersama JDT ketika ini boleh dikatakan baik. Beliau menjadi pilihan utama dalam barisan pertahanan. Gandingan Irfan dan Fahdli akan memberikan nafas baru di bahagian pertahanan negara.

5. La’Vere Corbi-Ong

Persaingan untuk mendapatkan posisi pertahanan kiri nampaknya sudahpun dimenangi oleh Corbin-Ong. Beliau ketika ini adalah pertahanan kiri terbaik dalam Liga Malaysia. Ariff Farhan dan Fadzly Mazlan harus bekerja lebih keras jika mahu mencabar Corbin-Ong.

6. Akram Mahinan

Sumber Gambar: Asiana.my


Akram beraksi dengan baik di bahagian tengah pasukan Kedah. Kami berpendapat beliau lebih sesuai untuk bermain sebagai pemain tengah bertahan daripada calon lain seperti Afiq. Akram juga mempunyai pengalaman beraksi bersama skuad kebangsaan.

7. Natxo Insa

Sumber Gambar: JST


Permintaan peminat bola sepak negara sudahpun dipenuhi. Akhirnya Natxo Insa mahu untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan kali ini. Dengan adanya Natxo, bahagian tengah negara akan lebih bervariasi dan lebih berbeza. Sudah pasti Tan Cheng Hoe akan memilih beliau.

8. Safiq Rahim

Sumber Gambar: JST


Seorang lagi yang sudah pasti akan menjadi pilihan utama Tan Cheng Hoe di bahagian tengah. Kali ini Safiq juga akan memegang jawatan sebagai ketua pasukan.

9. Akhyar Rashid

Sumber Gambar: Kedah FA


Mat Yat menjadi pemain paling muda yang disenaraikan kali ini. Prestasi beliau bersama Kedah setakat ini berada dalam restasi yang baik. Kami memilih Akhyar untuk diletakkan di sayap kiri kerana kita tahu betapa bagusnya beliau di posisi tersebut.

10. Hazwan Bakri

Sumber Gambar: JST


Satu-satunya penyerang yang “masuk akal” dalam senarai kali ini. Hanya Hazwan saja yang mempunyai minit bermain yang cukup serta beraksi baik bersama JDT. Jadi beliau sudah pasti akan diturunkan dalam kesebelasan utama.

11. Mahali Jasuli

Sumber Gambar: PKNS FC


Kami memilih Mahali untuk mengisi posisi sayap kanan kerana ketika ini, beliau sedang berada dalam prestasi yang baik. Persembahan Mahali bersama PKNS FC juga meyakinkan.

Haa itulah dia kesebelasan utama pilihan panel Inikan Bola. Apa pendapat anda mengenai pilihan kami ? Anda ada pemain lain yang boleh dimasukkan dalam senarai di atas ? Mari kongsikan bersama kami.

Baca Juga: 5 Pemain Lain Yang Layak

Leave a Reply