Sumber Gambar: MUSA

Apabila Melaka United memutuskan untuk tidak menyambung kontrak penyerang yang telah menyelamatkan mereka daripada tersingkir ke liga “kumbahan”, Marko Simic, rata-rata peminat mempersoalkan tindakan yang dilakukan oleh Melaka United Soccer Association (MUSA) tersebut. Mereka berpendapat Melaka telah kehilangan penyerang yang prolifik yang kelibatnya amat diperlukan sejak dariada permulaan musim lagi. Pengurusan Melaka kemudiannya menggantikan Marko Simic dengan penyerang dari Belarus, Yahor Zubovich. Setakat ini, keputusan untuk tidak menyambung kontrak Simic dan mengambil khidmat Zubovich kelihatannya berbaloi.

Yahor berjaya menjaringkan 5 gol dalam saingan Liga Super setakat ini. Beliau berkongsi carta penjaring terbanyak Liga bersama Rufino Segovia dan Kipre Tchetche. Berkat kecemerlangan Yahor, kedudukan Melaka United dalam saingan Liga juga lebih baik jika kita nak bandingkan dengan prestasi Melaka pada awal musim lalu. Ketika ini, Melaka menduduki tangga ke-4 liga, hanya dibezakan 3 mata di belakang pasukan pendahulu, Johor Darul Ta’zim. Keupayaan Yahor untuk segera menyesuaikan diri dengan persekitaran Liga Malaysia sedikit-sebanyak menjadi faktor mengapa beliau boleh beraksi dengan baik.

Kita juga melihat pasukan Melaka United kali ini lebih kemas dan juga lebih berbahaya berbanding Melaka United musim lalu. Berbeza dengan musim lalu apabila Melaka lemah dari segala aspek. Bahagian serangan adalah bahagian yang paling ketara. Dengan adanya Yahor Zubovich, mereka sudah menemui jalan penyelesaian kepada masalah utama yang dihadapi oleh mereka musim lalu. Selain Yahor, pemain sayap Melaka juga memainkan peranan besar di atas prestasi pasukan ketika ini. Tiga pemain sayap yang dibawa masuk pada awal musim, S.Chanturu, R.Gopinathan dan “Lord Fakri Saarani berjaya bermain dengan baik bagi membantu Yahor di barisan serangan.

Jika Yahor Zubovic berjaya mengekalkan rentak cemerlang seperti sekarang, tidak mustahil beliau mampu untuk menamatkan saingan Liga Super dengan gelaran penjaring terbanyak Liga. Sekarang apa yang penting ialah pasukan Melaka mendapat sokongan sepenuhnya daripada peminat serta pengurusan pasukan.

Apa pendapat anda mengenai prestasi Yahor bersama Melaka ketika ini ? Mampukah Yahor mengekalkan rentak cemerlang beliau ?

Baca Juga: Skirp Sama Ataupun Sudah Berubah ?

Leave a Reply