Sumber Gambar: FAM

Perlawanan pertama Tan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan semalam berakhir dengan keputusan seri. Walaupun mendahului sebanyak dua kali pada separuh masa pertama dan kedua, pemain negara gagal untuk memberikan fokus sepenuhnya sehingga dibolosi oleh pihak lawan. Tetapi, dalam perlawanan semalam, kami tertarik dengan persembahan Akhyar dan Safawi.

Dalam perlawanan ini, Safawi diturunkan terlebih dahulu oleh TCH. Dan persembahan beliau nyata tidak mengecewakan. Larian pantas di bahagian sayap serta dribble melepas pertahanan Mongolia nyata menjadi ancaman serta senjata utama negara pada perlawanan semalam. Kami melihat Safawi sebagai seorang pemain yang lebih matang dan juga mempunyai karakter sebagai pemain senior yang sudah sedia untuk menggalas cabaran di peringkat yang lebih tinggi.

Bagi Akhyar Rashid pula, beliau diturunkan pada separuh masa kedua bagi menggantikan Mahali Jasuli. Sama seperti Safawi, persembahan pemain berusia 19 tahun ini juga tidak mengecewakan. Walaupun bermain buat pertama kali bagi pasukan senior negara, tetapi tahap keyakinan dan juga kebolehan yang dimiliki oleh Akhyar sememangnya top class. Kemasukan Akhyar juga memberi sinar baru tatkala Mahali telahpun kehilangan momentum pada penhujung separuh masa pertama.

Persembahan kedua-dua pemain ini juga memberi sinar dan juga harapan baru kepada peminat bola sepak tanah air. Akhyar dan Safawi membuktikan bahawa mereka sudah bersedia untuk menggalas tugas sebagai penggempur utama skuad kebangsaan pada perlawanan akan datang. Hanya saja mereka harus di beri peluang untuk kerap tampil dalam kesebelasan utama.

Kmai berharap Akhyar dan Safawi boleh mengekalkan prestasi cemerlang kedua-duanya bagi dua lagi perlawanan pasukan negara selepas ini. Perlawanan menentang Lebanon dalam kelayakkan Piala Asia 2019 dan perlawanan persahabatan menentang Nepal pada 1 April depan. Pasukan negara wajib untuk mengutip hasil positif daripada kedua-dua perlawanan ini agar ranking FIFA pasukan negara boleh berganjak sedikit ke kedudukan yang lebih baik.

Kekalkan momentum ini wahai anak muda! Bantulah pasukan negara untuk mara ke kedudukan yang jauh lebih baik!

Baca Juga: Kita Bermain Baik, Cuma Tidak Bernasib Baik

Leave a Reply