Sumber Gambar: FMLLP

Semalam, pengelola Liga Malaysia, Usahasama Terhad Liabiliti Bolasepak Malaysia (FMLLP) mengumumkan bahwa mereka membentuk Divisyen 5 dalam saingan Liga Malaysia atau yang lebih dikenali sebagai Liga M5. Liga M5 ini akan disertai oleh pasukan daripada Liga Komuniti dan Liga Sosial dari seluruh negara.

Majlis semalam dihadiri oleh YAM Tunku Abu Bakar Iman Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor. Terdapat sebanyak 14 penganjur Liga Komuniti dan Liga Sosial yang akan terlibat dengan Liga M5 ini. Berikut adalah senarai penuh penganjur.

1. DD League (Cheras, Kuala Lumpur)
2. Liga Komuniti Puchong (Puchong, Kuala Lumpur)
3. Shah Alam League (Klang, Selangor)
4. Subang Football League (Subang, Selangor)
5. Sunrize Community League (Sungai Buloh, Selangor)
6. Klang Valley League (Shah Alam, Selangor)
7. Liga PBKL DIV 1 (Kuala Lumpur)
8. South Selangor League (Shah Alam, Selangor)
9. Selangor Social Premier League (Shah Alam, Selangor)
10. Melaka Div 1 – Melaka FA (Melaka)
11. Pahang Div 1 – Pahang FA (Pahang)
12. Piala Sultan – Johor FA (Johor)
13. Liga PBSNT – Terengganu FA (Terengganu)
14. Terengganu Amateur League (Terengganu)

Jika kita melihat kepada senarai di atas, seramai 9 penganjur berasal dari sekitar Lembah Klang dan selebihnya adalah dari Terengganu, Johor, Melaka dan juga Pahang. Kami berharap pada masa hadapan, jumlah ini meningkat dengan penyertaan penganjur daripada negeri lain terutamanya Sabah dan Sarawak.

Kami berpendapat penubuhan Divisyen 5 ini sememangnya tepat kerana kita perlukan player pool yang lebih luas dalam saingan Liga Malaysia. Dengan adanya Liga M5 ini, pasukan Liga Komuniti dan juga Liga Sosial boleh mendapat peluang untuk beraksi di pentas yang lebih besar.

Selain itu, mereka juga dapat menimba pengalaman berharga apabila beraksi menentang pasukan daripada Liga yang berbeza. Siapa tahu dalam jangka masa 3 tahun dari sekarang, akan ada pasukan daripada Liga Komuniti atau Sosial yang bermain di saingan Liga Perdana.

Apa pendapat anda mengenai Divisyen 5 yang akan memulakan saingan pada tahun ini ? Adakah kita akan melihat pemain berbakat lahir daripada saingan ini ?

Baca Juga: Penglibatan Pasukan Liga Sosial Harus Lebih Kerap

Leave a Reply