Sumber Gambar: SkyscraperCity

Bertemu kembali kita dalam bahagian kedua artikel ini. Bagi yang belum membaca bahagian 1, korang boleh bacanya di siniPenulis nak sambung sedikit tentang stadium-stadium di Rusia yang akan digunakan untuk perlawanan Piala Dunia 2018! Stadium mereka sangat lah indah, bolehkah stadium kita seperti stadium-stadium yang ada di Rusia? Setakat ini yang penulis boleh banggakan adalah 3 stadium di Malaysia; Stadium Bukit Jalil, Stadium Larkin dan juga Stadium Tun Abdul Razak. Okay, tanpa membebel panjang, jom kita lihat stadium nya!

1. Stadium  Nizhny Novgorod

Stadium ketika waktu siang.
Sumber gambar: FIFA


Stadium ketika waktu malam!
Sumber gambar: SkyscraperCity

Berpandangan dengan sungai amatlah unik stadium ini dibina. Berkapasiti sebanyak lebih kurang 45,000 tempat duduk dan dibina pada tahun (2017) lepas. Menurut Nizhny Novgorod Metro, salah satu syarikat pengangkutan kereta api awam di Rusia, stadium ini dipermudahkan oleh pengangkutan kereta api bawah tanah untuk ke stadium ! Setakat Januari 2017, stesen metro Strelka di Nizhny Novgorod telah siap sebanyak 55% dan dijangkakan siap sepenuhnya pada bulan Mei mendatang? Rasanya sempat ke? Berikut antara perlawanan yang berlangsung menggunakan stadium ini:

Sweden vs Korea Selatan – Kumpulan F
Argentina vs Croatia – Kumpulan D
England vs Panama – Kumpulan G
Switzerland vs Costa Rica – Kumpulan E
Perlawanan 16 Besar
Perlawanan Suku Akhir

2. Stadium  Rostov Arena

Stadium ketika waktu siang.
Sumber gambar: stadiumguide


Stadium ketika waktu malam!
Sumber gambar: ArchDaily

Cantik kan reka bentuk stadium ni! Stadium ini juga bersebelahan dengan sungai. Stadium ini berkapasiti kira-kira lebih kurang 45,000 tempat duduk dan ianya juga masih dalam pembinaan untuk menambahbaik fasiliti dan juga mereka bentuk bumbung stadium yang baru untuk perlawanan piala dunia yang akan berlangsung. Dibina pada tahun 2014, stadium ini juga menjadi stadium utama pasukan FC Rostov, salah satu kelab bolasepak yang terkenal di Rusia. Berikut antara perlawanan yang berlangsung menggunakan stadium ini:

Brazil vs Switzerland – Kumpulan E
Uruguay vs Arab Saudi – Kumpulan A
Korea Selatan vs Mexico – Kumpulan F
Iceland vs Croatia – Kumpulan D
Perlawanan 16 Besar

3. Stadium Samara Arena

Stadium ketika waktu siang.
Sumber gambar: Sportycious


Stadium ketika waktu malam!
Sumber gambar: tvc.ru

Korang tengok ni macam stadium ke tak? Bagi penulis, ini adalah suatu reka bentuk stadium yang unik! Berkapasiti sebanyak lebih kurang 45,000 tempat duduk dan dibina pada tahun 2017 yang lepas dan sehingga kini masih dalam pembinaan. Stadium ini juga adalah “home” bagi pasukan  FC Krylia Sovetov Samara, salah satu pasukan dalam Liga Perdana Rusia. Berikut antara perlawanan yang berlangsung menggunakan stadium ini:

Costa Rica vs Serbia – Kumpulan E
Denmark vs Australia – Kumpulan C
Uruguay vs Russia – Kumpulan A
Senegal vs Colombia – Kumpulan H
Perlawanan 16 Besar
Perlawanan Suku Akhir

4. Stadium Mordovia Arena

Stadium ketika waktu siang.
Sumber gambar: Soka25east


Stadium ketika waktu malam!
Sumber gambar: StadiumDB.com

Dinding dan bumbung stadium ini dibuat dari satu panel logam berlubang dalam warna suria. Ianya menggambarkan kehangatan yang berada di dalam stadium ini! Stadium ini berkapasiti lebih kurang dalam 45,000 tempat duduk, stadium ini menelan belanja sehingga USD 300 Juta! Wow! Stadium ini dibina pada tahun 2010 bagi menggantikan stadium yang sebelum ini iaitu Stadium Start. Stadium ini juga merupakan “home” kepada FC Mordovia Saransk, salah satu kelab bolasepak di Liga Perdana Rusia. Berikut antara perlawanan yang berlangsung menggunakan stadium ini:

Peru vs Denmark – Kumpulan C
Colombia vs Jepun – Kumpulan H
Iran vs Portugal – Kumpulan B
Panama vs Tunisia – Kumpulan G

5. Stadium Volgograd

Stadium ketika waktu siang.
Sumber gambar: Daily Mirror

Stadium ketika waktu malam!
Sumber gambar: The Stadium Guide

Uniknya stadium ni! Respect terhadap arkitek yang mereka bentuk seni bina stadium ini! Ianya terletak di tepi tasik, sudah pasti apabila waktu malam, stadium ini akan dihiasi oleh lampu-lampu yang menarik pengunjung untuk datang ke sini, bukan sahaja tempat perlawanan bolasepak, malah ianya juga tempat pelancongan. Stadium kita pula bagaimana? Berkapasiti sebanyak lebih kurang 45,000 tempat duduk dan dibina pada tahun 2017 yang lepas.  Stadium ini adalah stadium “home” kelab FC Rotor Volgograd. Berikut antara perlawanan yang berlangsung menggunakan stadium ini:

Tunisia vs England – Kumpulan G
Nigeria vs Iceland – Kumpulan D
Saudi Arabia vs Egypt – Kumpulan A
Jepun vs Poland – Kumpulan H

6. Stadium Spartak

Stadium ketika waktu siang.
Sumber gambar: DeKochi

Stadium ketika waktu malam!
Sumber gambar: Garazh production

Sekali pandang stadium ni macam Stadium Tun Abdul Razak, iaitu stadium “home” pasukan Felda United. Bercorak ala-ala “diamond” membuat stadium ini memang nampak moden! Berkapasiti sebanyak 42,000 tempat duduk dan dibina pada tahun 2014 dan yang paling mengejutkan stadium ini memakan kos sebanyak USD 430 million!!! Wow! Stadium ini digunakan oleh kelab FC Spartak Moscow dan juga skuad kebangsaan pasukan Rusia. Berikut antara perlawanan yang berlangsung menggunakan stadium ini:

Argentina vs Iceland – Kumpulan D
Poland vs Senegal – Kumpulan H
Belgium vs Tunisia – Kumpulan B
Serbia vs Brazil – Kumpulan C
Perlawanan 16 Besar

6. Stadium Kaliningrad

Stadium ketika waktu siang.
Sumber gambar: stadiumguide

Stadium ketika waktu malam!
Sumber gambar: SkyscraperCity

Tengok stadium ni macam kapal berkelas yang melabuhkan layarnya di tepi laut! Dorang ni memang kreatif dalam mereka bentuk sesuatu bangunan kan! Stadium ini hanya berkapisiti lebih kurang 35,000 tempat duduk sahaja, tak banyak macam stadium-stadium yang lain. Dibina pada tahun 2016 yang lepas, dan dijangkakan siap pada Mac 2018 dan ianya memakan kos sebanyak 257 Million Euro! Tujuh keturunan tak habis ni! Stadium ini adalah “home” bagi kelab FC Baltika Kaliningrad. Berikut antara perlawanan yang berlangsung menggunakan stadium ini:

Croatia vs Nigeria – Kumpulan D
Serbia vs Switzerland – Kumpulan E
Sepanyol vs Morocco – Kumpulan B
England vs Belgium – Kumpulan G

Itulah stadium-stadium di Rusia yang akan digunakan di dalam edisi Piala Dunia kali ini. Penulis nak berikan 5 bintang untuk semua stadium yang akan digunakan. Stadium mereka memang menarik kan! Bila lah agaknya stadium kita berkelas dunia seperti stadium-stadium mereka? Dan satu idea penulis nak berikan di sini. lokasi yang strategik berhampiran pengangkutan awam dan adakan banyak majlis yang dibuat mampu menarik pelancong untuk hadir ke stadium. Itulah serba sedikit penulis nak sampaikan. Jagalah kebersihan stadium kita selalu. Sekian

Leave a Reply