Sumber Gambar: FAM

Semalam, kami telah mengeluarkan satu artikel tentang pilihan pemain untuk mengisi posisi left back skuad kebangsaan. Kali ini, kami nak senaraikan 3 lagi left back yang boleh dipertimbangkan oleh jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe.

1. Syazwan Andik

Sumber Gambar: FAM

Pemain muda ini baru saja membuat debut bersama skuad senior pada perlawanan menentang Bhutan minggu lalu. Setelah cemerlang bersama skuad bawah 23 tahun negara di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee, Syazwan memikat hati Tan Cheng Hoe untuk memanggil beliau menyertai pasukan senior.

Jika Syazwan beraksi dengan baik bersama pasukan Kuala Lumpur, tidak mustahil beliau akan dipanggil lagi oleh Tan Cheng Hoe.

2. Fitri Omar

Sumber Gambar: Terengganu FC

Fitri Omar menjadi pilihan utama Irfan Bakti bagi mengisi posisi pertahanan kiri paskan Terengganu FC. Fitri juga pernah dipanggil menyertai skuad kebangsaan ketika Nelo Vingada masih menjadi jurulatih ketika itu. Dan beliau boleh diberi peluang untuk tampil sekali lagi bersama pasukan kebangsaan di atas persembahan baik beliau bersama Terengganu FC musim ini.

3. Khair Jefri Jones

Sumber Gambar: FAM

Kali pertama kita melihat kelibat Khair Jefri Jones beraksi bersama pasukan kebangsaan ialah ketika Malaysia menewaskan Timor Leste pada 2015. Semenjak daripada itu, kita sudah jarang melihat kelibat Jefri.

Musim ini, beliau beraksi dengan baik bersama pasukan Melaka United. Beliau menjadi pilihan utama untuk posisi pertahanan kiri Melaka. Jadi, Tan Cheng Hoe boleh memberikan peluang sekali lagi untuk Jefri mewakili pasukan kebangsaan.

Ketika ini, sudah ada 6 pemain untuk posisi pertahanan kiri pasukan kebangsaan. Ini memberikan Tan Cheng Hoe mempunyai banyak pilihan bagi posisi tersebut. Beliau hanya tinggal memilih siapa yang beraksi dengan baik daripada 6 pemain ini.

Apa pendapat anda mengenai 3 lagi left back yang kami pilih untuk dipertimbangkan oleh Tan Cheng Hoe bagi mewakili pasukan kebangsaan. Adakah ketiga-tiga pemain ini mampu untuk menggalas tanggungjawab dan cabaran dengan baik ? Ataupun mereka tidak cukup bagus dan ada pemain lain yang boleh mengisi posisi tersebut ?

Leave a Reply