Sumber Gambar: Bazookapena

Pasukan Kedah sememangnya dikenalis ebagai antara pasukan gergasi dalam saingan Liga Malaysia. Sejak memenangi Piala Malaysia pertama pada 1990 dengan menewaskan Singapura, Kedah menjadi salah satu jaguh dengan memenangi semua kejuaraan yang dipertandingkan dalam Liga Malaysia. Namun, pasukan Kedah tidak akan berada di posisi hari ini tanpa pengurus legenda mereka, Allayarham Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil.

Allayarham Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil mula terbabit dengan bola sepak Kedah apabila beliau dilantik sebagai timbalan pengurus pasukan Kedah pada 1984. Setahun kemudian, allayarham dilantik sebagai pengurus pasukan. Pada tahun 1990 bermulanya era emas Allayarham Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil bersama pasukan Hijau Kuning.

Kedah berjaya memenangi Piala Malaysia pertama pada 1990 dengan menewaskan pasukan Singapura pada perlawanan akhir. Tidak cukup dengan itu, pada musim 1993 Kedah berjaya memenangi double dengan menjuarai Divisyen 1 dan juga Piala Malaysia, juga dengan menewaskan Singapura.

Koleksi trofi Allayarham Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil bersama pasukan Kedah akhirnya lengkap pada 1996 apabila Kedah berjaya memenangi Piala FA dengan menewaskan pasukan Sarawak pada perlawanan akhir.

Sumbangan Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil tidak terhenti sampai di sini. Beliau adalah individu yang menyarankan agar pasukan Kedah menggunakan warna hijau kuning sebagai identiti pasukan, yang mana warna tersebut sudah identik dengan pasukan dan tetap digunakan sehingga ke hari ini.

Motto pasukan Kedah iaitu Biar Jasa Jadi Kenangan juga idea daripada Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil. Selain itu, allayarham juga menulis sendiri lirik lagi Biar Jasa Jadi Kenangan.

Berikut adalah lirik lagu tersebut.

Biar Jasa Jadi Kenangan
Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun, berani sesungguh hati

Demi sukan mengharum negeri
Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan

Negeri Kedah Darul Aman
Kedah, Kedah pantang kalah
Walau sakit, jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah

Bujur lalu melintang patah
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku

Besar sumbangan allayarham Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil kepada pembangunan bola sepak Kedah. Kami berpendapat pengurus bola sepak dalam Liga Malaysia masa kini boleh mencontohi gaya kepimpinan allayarham.

Baca Juga: Solusi Kemelut Yang Melanda KAFA

Leave a Reply