Sumber Gambar: Terengganu FC

Bruno Suzuki dinaikkan pangkat ke pasukan Terengganu FC oleh Irfan Bakti untuk memperkuat barisan serangan Terengganu. Besar kemungkinan Bruno akan digandingkan dengan Captain Fantastic, Kipre Tchetche dan Lee Andrew Tuck di bahagian serangan. Jika benar, jaga-jaga dengan barisan serangan Terengganu FC!

Kipre Tchetche dan Lee Tuck membentuk satu gandingan baik di bahagian serangan sebelum ini. Kedua-dua pemain ini berganding bahu dalam menjaringkan gol dalam saingan Liga setakat ini. Hanya saja dalam dua perlawanan terakhir ketika tewas kepada Johor Darul Ta’zim dan Selangor, Tuck dan juga Kipre dilihat agak bergelut.

Apabila Irfan Bakti melihat dua pemain serangan beliau sedikit bergelut, Irfan tidak berfikir panjang apabila terus menaikkan pangkat Bruno Suzuki daripada pasukan simpanan untuk menyertai pasukan utama. Kita sudah sedia maklum dengan prestasi Bruno musim lalu dimana beliau beraksi dengan baik bersama pasukan Negeri Sembilan. Ketajaman beliau di hadapan gol memang tidak dapat dinafikan.

Kami berpendapat Irfan akan menggabungkan ketiga-tiga pemain ini untuk menjadi penggempur utama pasukan. Beliau mahukan ada pemain yang boleh membantu Kipre sebagai peledak utama sementara Lee Tuck ada di belakang mereka untuk memberikan umpanan berbahaya.

Lagi Left Back

Kami merasakan kenaikan pangkat Bruno Suzuki ini adalah satu perkara yang baik buat beliau. Sayang untuk kita melihat penyerang seperti Bruno beraksi dalam saingan Liga Perdana. Kebolehan yang dimiliki oleh Bruno seharusnya digunakan dalam saingan Liga Super.

Apa yang pasti, Terengganu FC nampaknya tidak main-main dalam perebutan mahkota Liga Super musim ini. Meskipun mereka baru saja kembali ke saingan Liga Super, mereka mahu menjadi pencabar kepada pasukan Pahang dan juga JDT untuk kejuaraan musim ini.

Apa pendapat anda mengenai kehadiran Bruno Suzuki dalam barisan serangan pasukan Terengganu FC ? Adakah dengan kehadiran beliau, pasukan Terengganu menjadi pasukan pilihan untuk menjadi pencabar utama bagi mahkota Liga Super musim ini ? Atau kehadiran Bruno hanya untuk menjadi backup kepada Kipre dan Lee Tuck sekaligus beliau memanaskan bangku simpanan ?

Baca Juga: Kipre Tchetche, Captain Fantastic!

Leave a Reply