Sumber Gambar: Goal.com

Bekas pemenang Piala Dunia 2002, Ronaldo de Assis Moreira atau yang lebih dikenali sebagai Ronaldinho menyatakan minat beliau untuk bermain dalam saingan Liga Malaysia. Bahkan, legenda barcelona ini sanggup untuk bermain tanpa mendapat sebarang bayaran. Jika benar beliau mahu bermain di Liga Malaysia, ini merupakan satu free marketing untuk Liga kita.

Ronaldinho mengutarakan minat beliau untuk bermain di Malaysia ketika majlis Jelajah Trofi Liga Juara-Juara di sebuah pusat beli belah di Bukit Bintang semalam. Pemain yang berusia 38 tahun ini telah memenangi semua kejuaraan yang ditawarkan bersama Barcelona dan juga pasukan kebangsaan Brazil. Antara kejuaraan yang dimenangi adalah Piala Dunia dan juga Liga Juara-Juara Eropah.

Selain kejuaraan bersama pasukan, Ronaldinho juga meraih beberapa anugerah individu sepanjang karier profesional beliau. Ronaldinho pernah memenangi Balon D’Or pada 2005 dan pemain terbaik Dunia pada 2005 dan 2006. Boleh dikatakan lengkap karier Ronaldinho ni.


Sumber Video: We Speak Football

Ini bukan kali pertama Ronaldinho dikaitkan dengan Malaysia. Pada 2014, beliau dikaitkan dengan pasukan Pahang. Namun, perkara itu adalah tidak lebih sekadar khabar angin belaka.

Banyak impak positif sebenarnya jika benar Ronaldinho bermain di Liga Malaysia. Selain daripada free marketing yang kami sebutkan tadi, dunia juga bakal mengikuti perkembangan Liga kita kerana Ronaldinho menjadi antara salah satu idola kepada seluruh peminat bola sepak di dunia. Selain itu, Ronaldinho juga boleh memberikan sedikit ilmu beliau kepada pemain tempatan terutamanya pemain muda negara.

Ronaldinho juga akan menyertai Pablo Aimar dan juga Dani Guiza sebagai pemain bertaraf bintang yang pernah mewarnai bola sepak Malaysia. Walaupun tempoh Aimar dan Guiza tidak lama, tapi impak yang ditinggalkan cukup besar.

Apa pendapat anda mengenai Ronaldinho yang berminat untuk bermain dalam saingan Liga Malaysia ? Adakah dengan kehadiran antara pemain terbaik pernah dilahirkan oleh Brazil ini dapat menaikkan lagi mutu dan juga standard Liga kita ? Mari kongsikan dengan kami pandangan anda.

Baca Juga: Ada Benarnya Kata-Kata Roberto Carlos

Leave a Reply