Sumber Gambar: FAS

Semenjak diambil alih oleh Nazliazmi Nasir, kita melihat pasukan Selangor yang berbeza berbanding Selangor yang dibimbing oleh P.Maniam. Semangat serta persembahan para pemain Selangor juga meningkat. Daripada lesu kepada segar. Kebangkitan pemain Selangor ini menimbulkan pertanyaan di fikiran penulis. Benarkah ada boikot di kalangan pemain semasa di bawah bimbingan P.Maniam ?

Kita boleh lihat pada dua perlawanan Liga Super menentang Kuala Lumpur dan Melaka United, pasukan Selangor bermain dengan sangat baik. Namun, kekalahan besar di tangan Terengganu menjadi titik hitam kepada kejatuhan Selangor. Kekalahan kepada Pahang dan juga Perak serta perssembahan pemain yang kurang memuaskan membuatkan P.Maniam direhatkan.

Tempat beliau kemudiannya dambil alih oleh Nazliazmi Nasir. Dan semenjak pelantikan Nazliazmi, pasukan Selangor berjaya kembali mengutip kemenangan apabila menewaskan Terengganu dan juga Kuala Lumpur dalam saingan Piala FA. Persembahan pemain juga berbeza berbanding 3 perlawanan sebelum itu.

Pemain sayap Selangor, Joseph Kalang Tie berkongsi pendapat beliau mengenai pelantikan Nazliazmi sebagai jurulatih selangor.

Selain persembahan, kita juga dapat melihat semangat para pemain Selangor ketika membenam Terengganu dan juga Kuala Lumpur. Memang lain. Mereka mempunyai keinginan untuk menang lebih tinggi berbanding perlawanan sebelumnya. Ini menguatkan lagi dakwaan sesetengah peminat bahawa ada boikot dalam kalangan pemain Selangor ke atas P.Maniam.

Walau apa pun, sama ada benar atau tidak terdapat boikot di kalangan pemain Selangor, penulis juga tidak tahu. Akan tetapi, jika kita melihat dari segi persembahan dan juga semangat ang ditunjukkan, memang kelihatan di situ ada yang tidak kena dengan P.Maniam dan juga para pemain.

Menurut anda bagaimana ? Adakah pemecatan P.Maniam kerada adanya boikot daripada para pemain ? Ataupun pemecatan beliau adalah murni dek kerana prestasi pasukan yangs edang bergelut ketika itu ? Mari kongsikan jawapan anda dengan penulis.

Nota: Segala pendapat dan juga hujah dalam artikel ini adalah murni daripada pemikiran penulis dan tiada kena-mengena dengan Inikan Bola. Penulis hanya menggunakan Inikan Bola sebagai medium penyampaian.

Baca Juga: Selangor Yang Ini Lebih Meyakinkan!

Leave a Reply