Sumber Gambar: Goal.com

Pasukan Pahang ketika ini sedang menghadapi sedikit masalah di bahagian serangan dengan ketiadaan Francis Forkey Doe dalam kesebelasan utama yang disisihkan akibat kecederaan. Baru-Baru ini, ada satu nama yang dikaitkan bagi menggantikan kelibat Forkey Doe bersama Pahang. Nama tersebut adalah bekas penyerang Terengganu, Issey Nakajima Farran.

Sejak dilepaskan oleh pasukan Terengganu FC pada awal musim ini, Issey masih lagi belum menyertai mana-mana pasukan. Dan nampaknya beliau masih lagi mahu kekal bermain dalam saingan Liga Malaysia. Pencapaian beliau selama dua setengah musim mewakili Terengganu boleh dikatakan baik.

Issey berjaya menjaringkan 32 gol sepanjang beraksi bersama pasukan Terengganu. Walaupun Terengganu jatuh ke saingan Liga Perdana musim lalu, Issey Nakajima masih lagi setia bermain untuk Terengganu. Dalam saingan Liga Perdana musim lalu, Issey berjaya menjaringkan 8 gol.

Musim lalu Issey juga diangkat sebagai ketua pasukan dalam beberapa perlawanan Liga. Selain itu, Issey juga menjadi pemain import kesayangan peminat selama bersama pasukan Terengganu kerana minat mendalam beliau terhadap Nasi Dagang.

Jika benar Issey bakal menggantikan Francis Forkey Doe, kami berpendapat ini adalah jalan penyelesaian jangka masa pendek yang diambil oleh pasukan Pahang. Issey sudah memasuki usia 34 tahun. Jadi, berkemungkinan besar beliau hanya akan beraksi pada separuh masa kedua musim 2018.

Dan jika benar beliau bakal menggantikan Doe, ini adalah satu langkah yang baik memandangkan Issey mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan Liga Malaysia. Lagipun, Issey juga boleh bermain di beberapa posisi di bahagian serangan. Ini akan memberi satu menfaat yang besar kepada pasukan Pahang.

Apa pendapat anda mengenai khabar Issey Nakajima Farran yang bakal menggantikan Francis Forkey Doe sebagai penyerang import pasukan Pahang ? Adakah beliau pemain yang sesua unguk menggalas tugas sebagai penyerang utama pasukan ?

Atau Pahang perlu mencari penyerang lain yang lebih berwbawa dan juga lebih tajam berbanding Issey ? Mari kongsikan pendapat anda bersama kami.

Baca Juga: Pahang Terasa Ketiadaan Francis Foekey Doe

Leave a Reply