Sumber Gambar: South China Morning Post

Apabila bintang Brazil, Ronaldinho luahkan hasrat nak bermain di Malaysia, peminat bola sepak tempatan terkejut beruk dengan pengumuman yang dibuat. Entah betul atau tidak, korang DM la si Ronaldinho kat Instagram. Di sini, penulis ada pertanyaan kepada Ronaldinho. Masih ada kudrat ke nak main dalam Liga Malaysia ni ?

Tahun ini Ronaldinho sudah menginjak usia 38 tahun. Dalam julat usia ini, sama ada seseorag pemain bintang itu sedang menikmati persaraan bersama anak dan isteri ataupun mencari peluang untuk bermain di Liga yang tak berapa terkenal, macam Liga Malaysia kita ni.

Tapi penulis berpendapat yang Ronaldinho ni tidak sesuai untuk bermain dalam saingan Liga kita. Kenapa ? Penulis tak rasa yang pemain berusia 38 tahun ini mampu menahan segala cabaran dan juga bermain selama 90 minit dalam saingan Liga kita. Lihat saja Pablo Aimar. Ketika Aimar datang ke Malaysia, beliau berusia 34 tahun.

Aimar mempunyai beberapa perlawanan dimana beliau beraksi dengan baik. Namun, beliau tidak mampu untuk bermain selama 90 minit. Yang berusia 34 tahun pun tak mampu. Apatah lagi yang 38 tahun ni. Jangan haraplah!

Tak kiralah ada pasukan yang mempunyai fasiliti terbaik dunia, ada pasukan yang mampu menjanjikan tempat dalam kesebelasan utama ataupun pasukan yang penuh dengan sejarah. Pengambilan pemain ini hanya membuang masa anda.

Penulis berpendapat Ronaldinho ini hanya sesuai memegang peranan sebagai duta ataupun sebagai jurulatih pemain muda. Minta Ronaldinho untuk ajar Safawi Rasid dengan Akhyar Rashid untuk gelecek bola seperti beliau. Barulah pemain muda kita ada kelas!

Memang tak dinafikan kehadiran Ronaldinho ni boleh membawa impak besar dalam Liga Malaysia. Tetapi, kita tagih la kudrat pengalaman yang dimiliki oleh beliau. Bukan kudrat bermain di atas padang. Sepuluh tahun dulu masuk akal lah kalau anda nak tengok ronaldinho bermain di atas padang.

Tetapi pada masa sekarang, bagilah peluang kepada pemain lain untuk beraksi. Dan Ronaldinho ada di belakang layar untuk menurunkan ilmu beliau.

Baca Juga: Ronaldinhho Bermain Di Liga Malaysia ?

Leave a Reply