Sumber Gambar: Suara TV

Satu negara ketika ini sedang dilanda demam Pilihan Raya apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen pada sabtu lalu. Dalam media sosial seperti Facebook dan Twitter, rata-rata pengguna membahas tentang pilihan raya yang akan datang. Di sini, kami mahu membahas tentang bagaimana ahli politik boleh membantu kemajuan bola sepak Malaysia.

1. Mencari Penaja

Dana merupakan masalah utama yang masih lagi menghantui Liga Malaysia sehingga ke hari ini. Terutamanya bagi kelab-kelab kecil yang baru saja bertanding dalam Liga Malaysia. Apa yang ahli politik boleh lakukan ialah membantu pasukan kecil ini mencari dana dengan menggunakan pengaruh yang dimiliki oleh mereka.

Jika sesebuah pasukan itu mempunyai sumber kewangan yang baik, maka mereka boleh menarik minat beberapa nama besar untuk beraksi bersama pasukan dan juga mampu untuk memberi saingan.

2. Menyediakan Kemudahan

Ahli politik juga boleh menyediakan kemudahan seperti padang bola sepak dan juga pusat latihan untuk digunakan oleh remaja dan juga kana-kanak. Kita sedia maklum ketika ini pembinaan bangunan pencakar langir semakin pesat manakala padang bola sepak dilihat semakin berkurangan.

Ahli politik boleh membantu dari segi berbincang dengan Dewan Bandaraya tempatan untuk mencari kawasan lapang bagi dijadikan padang bola sepak untuk rakyat.

3. Pembangunan Akar Umbi

Pembangunan akar umbi adalah perkara yang ditekankan oleh National Football Development Program (NFDP). Namun, kami merasakan NFDP tidak boleh bergerak sendiri. Apa yang ahli politik boleh bantu ialah mereka mewujudkan satu pusat pembangunan akar umbi bagi mencari pemain muda berbakat.

Kami yakin dalam negara ketika ini ramai kanak-kanak dan juga remaja yang berbakat. Namun, mereka kekurangan platform untuk menunjukkan bakat mereka.

Haa itulah pandangan kami mengenai apa saja yang ahli politik boleh bantu untuk memajukan bola sepak Malaysia. Walaupun kita sering menggunakan slogan “jauhkan politik dari bola sepak”, namun hakikatnya bola sepak Malaysia masih lagi memerlukan kelibat mereka, mungkin tidak semua tapi sebahagian saja.

Baca Juga: Benarkah Ada Boikot ?

Leave a Reply