Sumber Gambar: JST

Perlawanan menentang Persija hari ini boleh dikategorikan sebagai perlawanan paling penting bagi pasukan Johor Darul Ta’zim dalam kempen Piala AFC edisi kali ini. Hanya kemenangan mutlak yang akan mencerahkan peluang Johor Darul Ta’zim untuk mara ke peringkat seterusnya.

Perjalanan JDT dalam edisi kali ini dilihat tidak begitu baik berbanding edisi sebelumnya. Walaupun mengutip kemenangan pada perlawanan pembukaan, namun persembahan mereka pada perlawanan kedua dan juga ketiga kumpulan dilihat sedikit goyah. Jadi, kemenangan pada hari ini akan meletakkan JDT di kedudukan pertama, jika Song Lam Nghe An seri atau kalah.

Hanya juara kumpulan saja yang akan layak secara automatik ke peringkat seterusnya. Pasukan di tempat kedua pula bergantung sepenuhnya kepada nasib kerana edisi kali ini hanya akan memilih pasukan di tempat kedua dengan rekod terbaik. Ketika ini, kelab Singapura, Home United yang berada di kumpulan F merupakan calon terbaik berdasarkan rekod semasa pasukan.

Dari segi pemain pula, kami menjangkakan Raul Longhi akan melakukan beberapa perubahan dalam kesebelasan utama. Pemain yang tidak bermain ketika seri menentang Pahang berkemungkinan bakal diturunkan. Pemain seperti Aidil Zafuan dan Nazmi Faiz dilihat menjadi pilihan Longhi untuk diletakkan dalam kesebelasan utama. Manakala Safiq Rahim dan Hazwan Bakri akan menjadi harapan JDT untk mencari gol.

Barisan pertahanan JDT juga perlu berhati-hati dengan kelibat dua pemain Persija iaitu Marko Simic dan Riko Simanjuntak. Ketajaman Simic di hadapan pintu gol serta kelincahan Simanjuntak di bahagian sayap kanan mampu untuk meranapkan impian JDT untuk mengutip kemenangan.

Apa pendapat anda mengenai peluang Johor Darul Ta’zim untuk mengutip kemenangan di Stadion Selora Bung Karno hari ini ? Mampukah mereka menewaskan Persija Jakarta buat kali kedua musim ini ?

Dan mampukah para pemain Johor Darul Ta’zim menyerap tekanan dan juga asakan daripada penyokong Persija yang sudah pasti akan membanjiri stadium ?

Marko Simic

Ramalan Kami: Johor Darul Ta’zim 1-1 Persija Jakarta

Baca Juga: Marko Simic Kunci Untuk Tewaskan JDT ?

Leave a Reply