Sumber Gambar: JST

Persija Jakarta dengan mudah menewaskan Johor Darul Ta’zim dalam perlawanan kumpulan H di Stadium Utama Gelora Bung Karno semalam. Empat gol daripada Marko Simic sudah cukup untuk mencerahkan laluan Persija ken peringkat seterusnya. Nyata harimau kemayoran lebih unggul daripada harimau selatan.

Persija nyata lebih bersedia dari segala aspek terutamanya dari segi barisan kesebelasan utama yang diturunkan. Persija menurunkan barisan terkuat mereka dengan Marko Simic dan Riko Simanjuntak di bahagian serangan. Jelas Macan Kemayoran mahukan kemenangan berdasarkan pemain yang diturunkan.

Manakala JDT pula menurunkan barisan yang boleh dikatakan barisan paling lemah mereka. Lihat saja di bahagian serangan dan pertahanan. Entah apa yang difikirkan oleh Raul Longhi dengan menurunkan seramai 5 pemain pertahanan dan hanya meletakkan Darren Lok sebagai penyerang utama.

Tindakan Raul Longhi ini menimbulkan persoalan di minda kami. Mengapa anda menurunkan barisan yang dianggap biasa-biasa walhal anda sedang perlukan kemenangan ? Keempat-empat gol Marko Simic berpunca daripada kelemahan barisan pertahanan untuk menyekat asakan barisan serangan Persija.

Sama situasinya dengan bahagian serangan JDT. Walaupun Longhi memasukkan Hazwan Bakri dan Safiq Rahim untuk menambah sengat di bahagian hadapan, perkara tersebut dilihat sudah terlambat kerana Persija terlebih dahulu “membunuh” perlawanan semalam.

Dengan kekalahan semalam, nampaknya harapan JDT untuk mara ke pusingan seterusnya dilihat samar. Ini kerana mereka mengharapkan untuk menjadi pasukan di tangga kedua terbaik peringkat kumpulan. Kedudukan tersebut saat ini diisi oleh Song Lam Nge Anh. Jadi JDT harus menewaskan Song Lam pada perlawananan terakhir kumpulan dengan menjaringkan lebih 3 gol sambil mengharapkan Home United dan Bali United keciciran mata.

Apa pendapat anda mengenai peluang Johor Darul Ta’zim untuk mara ke peringkat seterusnya ? Mampukah mereka menewaskan Song Lam Nghe Anh pada perlawanan terakhir kumpulan sekaligus berpeluang untuk mara ?

Atau perjuangan JDT dalam kempen Piala AFC edisi kali ini akan terhenti di peringkat kumpulan ?

Baca Juga: Marko Simic Kunci Untuk Tewaskan Johor Darul Ta’zim

Leave a Reply