Sumber Gambar: JST

Persija menunjukkan Johor Darul Ta’zim bagaimana untuk bermain bola sepak sebenar semalam apabila mereka menewaskan juara Liga Super 2017 itu dengan keputusan 4-0. Marko Simic berjaya menjaringkan keempat-empat gol Persija semalam. Satu je penulis nak tanya. Mana Nahkoda kapal yang tenggelam di Jakarta ni ?

Penulis melihat corak permainan JDT seperti tiada tujuan dan juga tiada pedoman. Raul Longhi pun seperti tidak tahu apa yang beliau lakukan semalam. Lihat saja kesebelasan utama yang diturunkan. Lima di bahagian pertahanan manakala meletakkan kononnya penyerang kacukan terbaik negara iaitu Darren Lok di bahagian serangan seorang diri.

Dengan barisan ini saja, kita sudah tahu yang Longhi ni tak mahu mencari kemenangan pun, melainkan menyasarkan keputusan seri ataupun kekalahan di tangan Persija.

Alasan Longhi menurunkan kesebelasan seperti semalam adalah kerana beliau terpaksa membuat penggiliran pemain. Bagi penulis, alasan ini terlalu cliche. Kenapa ? Kerana JDT mempunyai squad depth yang terbaik dalam Liga Malaysia. Jadi, mereka mempunyai pemain backup di setiap posisi untuk diturunkan.

Dan dengan pemain backup itu, tidak perlu Longhi menggunakan formasi mengarut seperti semalam. Beliau boleh bermain bola sepak seperti biasa walaupun menggunakan pemain bangku simpanan. Takkanlah perkara macam ini pun jurulatih “berkelas dunia” seperti Longhi tak tahu ?

Sekarang ini, hanya keajaiban saja yang boleh menyelamatkan kempen Piala AFC Johor Darul Ta’zim kali ini. Mereka harus menewaskan Song Lam Nge Anh dengan jaringan yang besar sambil mengharapkan kelab Singapura, Home United dan kelab Indonesia, Bali United tewas pada perlawanan kumpulan terakhir.

Jika berjaya berbuat demikian, maka JDT akan layak ke peringkat seterusnya sebagai pasukan di tangga kedua terbaik peringkat kumpulan. Tiada jalan lain selain kemenangan mutlak di Lakin nanti.

Siapa yang patut dipersalahkan dengan kekalahan memalukan semalam ? Adakah nahkoda kapal yang gagal untuk memimpin dengan cemerlang ? Atau anak-anak buah mereka yang gagal untuk menjalankan tugas dengan baik sehingga menyebabkan kapal tenggelam ?

Baca Juga: Harimau Kemayoran Lebih Unggul Berbanding Harimau Selatan

Leave a Reply