Sumber Gambar: Kompas Bola

Gila! Itulah ekspresi penulis apabila mengetahui perlawanan antara Persija Jakarta menentang Johor Darul Ta’zim berjaya memecahkan rekod kehadiran penonton dengan jumlah 60,157 yang hadir ke Stadium Utama Gelora Bung Karno bagi menyaksikan perlawanan tersebut. Dengan jumlah kehadiran penonton ini, penulis mempunyai pertanyaan di sini. Mampukah penyokong kita mencapai tahap mereka dalam saingan Liga Malaysia ?

Indonesia sememangnya terkenal dengan betapa fanatiknya peminat mereka kepada permainan bola sepak. Walaupun sering terpalit dengan pelbagai insiden yang tidak diingini seperti kerusuhan di kalangan peminat sehingga menyebabkan ada yang terkorban, namun hal tersebut tidak boleh menafikan bahawa kumpulan penyokong mereka adalah yang terbaik di Asia Tenggara, malah di peringkat Asia.


Sumber Video: Anbart

Jika kita nak bandingkan dengan kumpulan peminat Liga Indonesia dengan kumpulan peminat dalam saingan Liga Malaysia, untuk mencapai standard seperti penyokong Persija, penulis rasa kita perlukan masa yang agak lama untuk kita melihat suasana seperti itu dalam perlawanan Liga Malaysia.

Lihat saja perlawanan PKNS FC menentang Hanelang yang hanya dihadiri 33 penonton. Perlawanan antara Selangor menentang Kuala Lumpur di Stadium KLFA yang berkapasiti 20,000 penonton minggu lalu, dimana penulis hadir hanya dihadiri oleh 6000 penonton yang kebanyakkannya peminat Selangor.

Jika kita mahu melihat jumlah penonton yang hadir ke stadium melebih 60,000 penonton, kita harus menunggu sehingga perlawanan separuh akhir atau perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia. Jika kita mengharapkan perlawanan Liga, walaupun perlawanan tersebut melibatkan pasukan-pasukan besar seperti Johor Darul Ta’zim dan Selangor, ianya tidak akan berlaku.

Pasukan dan juga peminat sendiri memainkan peranan dalam perkara ini. Pasukan harus mempunyai perancangan bagaimana untuk menarik peminat untuk datang ke stadium. Bagi peminat pula, tahap kesedaran mereka tentang pasukan yang perlukan sokongan anda di stadium memainkan peranan penting.

Bukannya kita tidak boleh, tetapi ambil masa yang lama untuk kita mencapai tahap mereka. Semua pihak perlu memainkan peranan.

Baca Juga: Dua Pemain Persija Berpotensi Bermain Di Liga Malaysia

Leave a Reply