Sumber Gambar: The Star

Liga Malaysia sememangnya tidak pernah lekang untuk melahirkan pemain muda berbakat yang kemudiannya menghiasai arena bola sepak negara. Lihat saja nama-nama seperti Akhyar Rashid, Safawi Rasid dan Adam Nor Azlin. Ketiga-tiga pemain ini merupakan pemain harapan negara pada masa akan datang.

Namun, tidak semua pemain muda bernasib baik. Ada perjalanan karier pemain muda yang dihambat kecederaan. Di sini, kami akan senaraikan 4 pemain muda berbakat yang karier mereka dihantui oleh kecederaan.

1. Farhan Roslan

Farhan Roslan

Sumber Gambar: Media Kedah


Pemain ini pernah digelar “Messi Kedah” kerana kepantasan serta gelecekkan bola yang dimiliki oleh beliau mirip dengan pemain Argentina tersebut. Namun, karier Farhan selalu dihambat dengan kecederaan. Sudah dua musim kebelakangan ini beliau jarang diturunkan dalam kesebelasan utama. Yang terbaru, Farhan mengalami kecederaan ACL yang membuatkan beliau terpaksa berehat sehingga hujung musim ini.

2. Izzaq Faris Ramlan

Sumber Gambar: Malaysiasaya.com


Izzaq beraksi cemerlang ketika temasya Sukan SEA 2011. Namun, beliau terlepas aksi perlawanan akhir kerana kecederaan lutut. Pada tahun yang sama, Izzaq juga mengalami kecederaan ACL. Setelah mengalami dua kecederaan tersebut, prestasi Izzaq sudah jauh berbeza berbanding sebelumnya.

3. Wan Zack Haikal

Sumber Gambar: Bazookapena


Persembahan cemerlang Wan Zak bersama skuad Harimau Muda berjaya menarik minat FC Ryukyu untuk menandatangani beliau. Namun, tempoh Wan Zack di Jepun tidak seindah yang disangkakan apabila beliau mengalami kecederaan ACL yang membuatkan beliau terpaksa berehat selama 9 bulan.

Setelah pulih, Wan Zack gagal untuk mengembalikan prestasi beliau seperti sebelumnya. Kini, bersama Felda United, Wan Zack dilihat mempnyai potensi untuk membuat come back.

4. Rozaimi Abdul Rahman

Sumber Gambar: Sidomi.com


Pemain ini pernah dijuluki “Neymar Malaysia” satu ketika dulu dek kerana gaya permainan dan juga gaya rambut beliau yang mirip dengan pemain Brazil ini satu ketika dulu. Prestasi Rozaimi bersama pasukan Harimau Muda cukup mengagumkan.

Akan tetapi, kemalangan yang terjadi pada 2015 telah merubah segala-galanya. Setelah pulih daripada insiden tersebut, Rozaimi yang sekarang bukanlah Rozaimi yang dulu. Beliau dilihat bergelut untuk mengembalikan semula sentuhan emas beliau.

Haa itulah 4 pemain berbakat yang karier mereka dihambat oleh kecederaan. Amat disayangkan kerana mereka mempunyai potensi besar untuk menjadi pemain handalan Malaysia.

Leave a Reply