Sumber Gambar: Malaysian Digest

Pasukan Kelantan akan bertandang ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bagi menghadapi pasukan Negeri Sembilan dalam perlawanan Liga Super 2018. Perlawanan malam ini merupakan peluang Fajr Ibrahim untuk membuktikan kemampuan sebenar beliau mengendalikan pasukan Kelantan.

Apabila Fajr Ibrahim dilantik sebagai ketua jurulatih yang baru, kita telah lihat banyak perubahan yang dilakukan dalam pasukan Kelantan. Dari perubahan undang-undang hinggalah beberapa pemain tempatan dan import digugurkan. Dalam perlawanan pertama beliau malam ini, banyak aspek yang mahu dilihat oleh peminat.

Antaranya ialah dari segi barisan pemain yang akan diturunkan. Sama ada Fajr akan menggabungkan pemain muda dan juga pemain senior dalam kesebelasan utama. Perlu diingat, Kelantan hanya mempunyai 3 pemain import saja. Seterusnya ialah corak permainan yang akan digunakan oleh Fajr. Adakah corak permainan sesuai dengan pemain sedia ada.

Bagi pasukan Negeri Sembilan pula, tiada apa yang lebih melegakan peminat dan juga pasukan daripada kemenangan malam ini. Penting untuk Azraai mempunyai perancangan yang rapi dan juga teliti untuk mencari kemenangan memandangkan pasukan Negeri Sembilan ketika ini berada di kedudukan tercorot Liga.

Khidmat Nicolas Velez sudah tentu akan ditagih pada perlawanan ini. Sejak ketiadaan Velez dalam kesebelasan utama kerana kecederaan, barisan serangan Negeri Sembilan dilihat tidak berfungsi dengan baik. Jadi, kehadiran Velez sedikit-sebanyak akan memberikan sinar baru buat mereka.

Walau apa pun, kedua-dua pasukan sangat terdesak untuk mencapai kemenangan malam ini. Setelah prestasi yang tidak menentu serta keputusan tidak berpihak pada mereka, hanya kemenangan yang akan memberi nafas lega kepada peminat dan juga pasukan. Jika seri ataupun tewas, kedua-dua pasukan ini akan menempuh jalan yang berliku dalam survival mereka dalam Liga Super.

Apa pendapat anda mengenai peluang Fajr Ibrahim untuk mengutip kemenangan pertama dalam perlawanan pertama beliau sebagai jurulatih Kelantan dalam saingan Liga ?

Atau Azraai Khor akan spoil the party dan mencuri tiga mata penuh dari genggaman Kelantan ?

Baca Juga: Berbaloikah Pertaruhkan Pemain Muda ?

Leave a Reply