Sumber Gambar: Sporting Kansas City

Kelab Major League Soccer (MLS), Sporting Kansas City, secara rasmi mengikat Wan Kuzain Wan Kamal, sebagai pemain Homegrown hari ini. Wan Kuzain merupakan hasil daripada akademi Sporting Kansas dan beliau menjadi pemain ‘Homegrown’ ke 9 dalam sejarah kelab itu.

Wan Kuzain telah menandatangani kontrak sehingga 2020 dan mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontrak tersebut sehingga 2022. Menurut pengurus Sporting KC, Peter Vermes, Kuzain merupakan pemain yang telah menunjukkan peningkatan yang pantas dan juga mempunyai understanding role yang baik dan menepati gaya permainan pasukan.

Peter Vermes juga menambah bahawa Wan Kuzain juga mempunyai attitude dan juga mentaliti yang sangat baik. Beliau juga berpendapat Wan Kuzain mempunyai masa depan yang sangat cerah.

Satu pencapaian yang sangat luar biasa untuk pemain muda yang satu ini. Wan Kuzain menyatakan bahawa beliau teruja dan mengucapkan terima kasih kepada Sporting Kansas City kerana telah memberikan beliau kontrak profesional dan juga peluang untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi.

Semenjak menandatangani kontrak bersama akademi Swope Park Rangers, Wan Kuzain mula mendapat perhatian peminat bola sepak tanah air. Antara pencapaian cemerlnag Wan Kuzain adalah beliau berjaya dipilih dalam senarai Best XI Central Conference dalam musim 2016-2017 US Soccer Development Academy. Dimana Wan Kuzain menjaringkan 4 gol dalam 20 penampilan.

Pada tahun lalu, permainan Wan Kuzain semakin meningkat bersama Swope Park Rangers, dimana beliau telah membantu kelab tersebut mara ke peringkat Kejuaraan Western Conference 2 kali berturut-turut. Bersama pasukan kebangsaan Amerika Syarikat, Wan Kuzain juga pernah berlatih bersama pasukan bawah 17 tahun mereka pada 2013 lalu.

Semoga pencapaian gemilang yang diraih oleh Wan Kuzain ini menjadi inspirasi kepada semua pemain muda dalam saingan Liga Malaysia. Jadikan perjalanan Wan Kuzain sebagai pembakar semangat anda untuk meraih kejayaan dan bermain di pentas yang lebih besar.

Sudah tiba masanya untuk pemain muda kita keluar dan mencari pengalaman beraksi di Liga yang mempunyai mutu lebih tinggi berbanding Liga kita.

Baca Juga: Pasukan Wan Kuzain Cemerlang!

Leave a Reply